Sunday, May 13, 2012

216 Tak sabar rasanya

Sunday, May 13, 2012
Assalamualaikum...




Update blog dah tengah malam, maksudnya takleh nak tidow sebab hari seharian harian tidow jek. Bangun makan pastu tidow balik sampai malam. Kepala pun naik biol. Rasa cam blur jek. Tapi bab perut tak blur pulak. Siap makan kt mamak pulak. Hehe. Alhamdulillah kenyang sudah.




Kenyang sampai meniarap nak update blog pun rasa senak. Tapi nak meniarap jugak. Barulah feel nk update blog kan. Minggu ni memang takde wat ape2. Duduk rumah, layan movie 5 ke 6 cerita. Hangover lah. X-Men lah. Ice Age lah. Ombak Rindu lah. 3 Idiots lah. Letak laptop atas printer, wahhh macam kt rumah. Pastu laptop mati tibe2 sebab kepanasan. Huahuahua. Ye lah kalau letak kt lantai memang ngadap kipas. Sejuk je la dia. Sebab nak feel kt rumah konon, 2 3 kali laptop mati. Haha. Kejam betul!




Esok isnin. Takde la Monday Blues sangat. Rasa biase jek. Mana tak nya. cuti 4 hari dah. Dari hari Khamis sampai Ahad. Duduk rumah jek pulak tu. Esok kena bangun awal tapi sekarang tak ngantuk sangat. Ada kerja nak print tapi tak print lagi. Suka sangat kerja tangguh2 kan. Nanti kerja lambat siap, esok ngamuk2 sebab mengantuk kt office.



Lusa ada medical check up kt Prince Court. Excited pulak. Weh Prince Court la. Hospital mahal tu. Ooopss bukan nak berlagak. Terlebih happy je. Padahal buat blood test je. Hehe.


MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com





Tak sabar rasanya nak pakai baju lawa2. Nanti dapat kerja baru boleh la pakai baju lawa2. Hehe. Baju kurung dalam luggage tu memang tak pernah pakai sejak datang sini. Camner nak pakai kalau kerja dalam hutan. Hekhekhek. Kasihan sama saya kan. Takpe2. Sabar2. Cabaran kerja belum bermula. Sekarang berangan bukan main kan. Konon nak pakai baju lawa2. Boleh mekap. Sekali dah kerja betul2, nak mekap2 pun malas. Agaknye lah!



Sekarang layan lagu Bruno Mars and Rihanna jek. Download lagu diorang banyak2 pastu dengar puas2. Sampai tertidow dengar lagu diorang.







MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com
 





Nahhhh untuk korang lagu dari Bruno Mars. Actually lagu Lil Wayne ft Bruno Mars. hehehe














Ok nak golek jap!





salam~~~



No comments: