Monday, May 28, 2012

224 Hanya Padamu

Monday, May 28, 2012





Hanya pada mu

Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci


( korus )
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci


Friday, May 25, 2012

223 Stresss

Friday, May 25, 2012
Assalamualaikum...


Hari ni hari yang tersangat-sangat boring. Golek sana-sini pastu tak tau nak buat apa. Perut pulak kenapa ntah tak berapa selesa. Padahal makan je hari ni. Hehe. Pagi-pagi dah makan meehun sup depan FRIM tu. Pastu tengahari memang tak makan dah. Ingat nak makan malam ni tapi tunggu abang mengajak. Hehe.



Hari ini layan movie I'am Legend. BORING! Rupanya ada jugak cerita Will Smith yang boring. Hehe. Tapi habis jugak tengok cerita tu. Nak tidow siang pun takleh sekarang. Alamatnya nanti malam takleh tidow. Kalau takleh tidow, air mata mesti meleleh. Huhu



Apasal meleleh? Sebab takleh tidow la. Puas pejam mata tapi takleh tidow. Huhu. Sebab badan tak penat jadi takleh nak tidow. Pelik kan? 



Sekarang tengok ramai kawan-kawan sekolah sudah kawen. Junior pun dah kawen. Jeles! Jeles la sebab kita ni tak tau nk kawen bila. Kawen? Ehmm ntah la. Apa pun tak fikir lagi. Macam-macam hal nak kena fikir. Camner orang lain boleh kawen cm senang je kan. Tup tup tup dah nikah, tak lama lepas tu dah ada anak pulak. Bestnye kan. Rezeki orang. =)




Sekarang berangan tengok baju pengantin. Berangan jek. Tu je mampu. Tapi tengok je lah. Kita gemuk. Mana ada baju muat kan. Berangan jek lebih. Sedih.


Tengok header picture kat atas. Takde kerja. Takde kesenian langsung. Tapi okla dari takde. Hehe.



p/s : Baru lepas balik makan. Entry tergendala. Tadi beriya nak cerita macam pastu terus ehmmm takpe laa. Down =(


ok bye!






Thursday, May 24, 2012

222 Bela ikan ke bela kucing ehhh

Thursday, May 24, 2012
Assalamualaikum...



sekarang ni banyak sangat masa terluang. sebab takde kerja dan kerja pun takde. nak cari benda yang boleh kita luangkan masa bersama dan habiskan masa bersama. hehe


sejak dua menjak ni asyik takde kerja sangat. ingat tak rasa bersalah ke kalau cabut dari office awal-awal. bukan suka-suka hati tau kita cabut dari office tu tapi keadaan memaksa. hehe. seriously kita cakap orang kat office tu tak layan pun kitorang kt office tu. even kita OJT je pun kan, tapi diorang pandang lain macam je. siap halau kita dari bilik mesyuarat. kitorang memang lepak bilik mesyuarat je hari2. mana lagi nak lepak kan. situ je la segala-galanya. 


rasa macam nak bela pet la. sekarang ni dah berani pegang kucing. geletek-geletek bawah leher kucing, pastu kucing tu naik-naikkan kepala, rasa macam dia comel sangat je. pastu dia duduk kaki bengkok ke depan, alahai comel sangat! terfikir nak beli kucing jek. kalau dengan kucing boleh la peluk-peluk. tapi kita cam tak berani la sebab bulu kucing tu boleh terbang-terbang pastu masuk dalam hidung. hukhukhuk


second choice nak bela ikan. kalau bela ikan boleh letak dalam akuarium je la. eh memang la ikan dalam akuarium je kan. hehe. paling tak boleh tengok dia berenang-berenang jek kan. orang kata tengok ikan berenang-berenang, kita boleh rasa calm and dapat release tension. kadang-kadang pergi selayang mall, selalu gak tengok kedai pet yang jual ikan. ikan bukan mahal pun. affordable lah. boleh beli ni. konon-konon cam hobi baru la..uwekkkk. hehe


hehehe. hati cam tengah bersuka riang menunggu time yang sesuai nak buat semua tu.


eh tadi tengok facebook member and tengok cover photo dia anak arnab. wah cute nyeee. tapi masalah nak bela haiwan2 gini berbau satu rumah nanti. masalah tu especially saya yang tak suka bau-bauan menusuk kalbu. satu kerja pulak nak kerjakan semua tu hari2 kan. huhuhu

tak janji tapi cam nak sangat tapi tengok keadaan dulu cmner..

InsyaAllah...


kalau kucing comel macam ni siapa tak tergoda kan! hehe

ikan ni ikan laga. cantik kalau ada lampu atas dia tau!



221 Ragut dan kereta kena tembak

Assalamualaikum... Hai u all!!


Sebenarnya cerita ni dah 2 hari lepas. Nak cerita awal-awal tapi cam takde mood nak cerita. Kejadian tu hari Selasa. Hari ni hari Khamis kan. Jadi 2 hari lepas lah. 


Hari tu semangat-semangat pergi office tapi takde kerja nak buat.  Selalu buat kerja kat luar tapi minggu ni memang takde kerja. Bos pun takde. Tengok kiri kanan, jalan slow2 pastu chowww la kan. Nak buat apa kat office tu kan, nak online pun takleh,laptop tak bawak,pc kt office ada orang guna. Hehe. Alasan nak cabut je tu. Haha


Alang-alang dah balik awal tu, saja la ajak housemate pergi riki jalan ke Taman Melati sebab nak tengok LRT kt situ. Tengah syok2 drive tiba-tiba ada orang lari2 pastu dia lintas jalan depan kereta kita drive. Terkejut sehhh. Ada orang jerit-jerit 'peragut2'. Kalau tau dia tu peragut. Kita langgar je dia kan. Tapi dia lari laju. Kalau kita langgar dia mesti kita kena pergi balas polis pulak jadi saksi. Hehe


Terus je tekan kunci pintu and naikkan tingkap. Cuak beb. Jadi depan mata pulak. Malam tu pergi 7E, tanya member kerja situ cakap peragut tu ragut rantai leher abang roti. Apa laaaaa pergi ragut rantai orang lelaki, kena kejar pastu kena belasah. Padan muka! Nasib la kan. Salah sendiri.


Masa drive ke Taman Melati tu, nak naik MRR2, nampak kereta kena tembak pulak tepi jalan. Ingatkan kereta langgar divider jalan je. Tapi rupanya kereta kena tembak. Cuak lagi sekali. Macam2 jadi dalam sehari. Dub dab dub dab lagi time drive. Ntah apa kes pulak tu kan. Dadah? Ragut? Rompak? Selisih manusia sekarang kan. =(


Kita dah tak selamat duduk kt negara sendiri. Takut woooo.


Peringatan kepada diri sendiri. Selalu berhati-hati dan jaga keselamatan diri. Nasib baik selalu keluar dengan kesayangan saya. Jadi dia lah jaga saya. Hehe







Hari ni kita puasa. Nak buka puasa kt luar lah! Dalam kepala dah ada nasi + ayam masak kicap. Sedap nyeeee. Hehe



Belum kul 1 wehhh. Lama lagi nak buka puasa ni. Berangan nak makan apa dah ada dalam kepala. Haha





salam~~

Sunday, May 20, 2012

220 Best bah!

Sunday, May 20, 2012




versus









style lah!





sedap pulak dengar banyak kali! =)

219 Kalau camni la caranya, habis la dinding bilik aku!

Assalamualaikum...



Minggu ni memang best. Mula-mula pergi makan ais kacang. Lepak-lepak jap. Main game drive kereta. Pastu pergi karoke. Lepas karoke main bowling pulak. Lepas bowling makan kt kfc. Full schedule. Hehe. Padahal tak plan pun. Terima kasih sebab teman kita! Hikhik



Nak wat semua tu takyah pergi jauh-jauh. Kat Selayang Mall ada dah semua. Cuma minggu ni tak tengok wayang. Lama dah tengok wayang. Last tengok The Avengers dulu. Tunggu minggu minggu depan depan la. Dengar cerita Dark Shadow cam best je! *sabar sabar*



Keluar dari Selayang Mall, helmet banjir sudahhhh. Basah siap bertakung air. Lawak betul lah! Selamba je la balik. 3 minit sampai rumah. Tiada masalah! Haha




Sekrang ada hobi baru. Suka sangat print gambar. Actually bukan hobi baru tapi hobi lama yang baru diperbaharui. Boleh gitu? Hehe. Ye lah printer depan mata. Duk je la print apa kita suka kan. Dah print takkan nk simpan pulak kan. Mari la kita tampal kt dinding bagi penuh. Gambar-gambar orang kesayangan apa salahnya kan. Rindu pun ada jugak. Letak gambar mereka kat dinding boleh hilang rindu kan. 




Tapi kalau cmni la hobi baru tu, penuh dinding bilik kita yang comey lotey ni!










Cantik tak? Nama pun takde kerja kan. Mari kita cari kerja. Buat benda yang berfaedah. Yang penting kita happy. Kan kan kan.





Terima kasih kepada pembaca setia tu. Dia selalu baca tapi dia taknak ngaku. Hehe. Terima kasih banyak-banyak.








Thursday, May 17, 2012

218 Aduh rambut asyik gugur je!

Thursday, May 17, 2012
Assalamualaikum...





Salam malam jumaat..korang buat apa eh malam2 jumaat. Hehehe. Eh jangan fikir bukan2. Kita tak kawen lagi. Sila duduk diam2 saje. Duduk online dari tadi. Heh!


Padahal dah plan dari kat office tadi nak setelkan tengok movie 7 Pounds. Malam tadi dah tengok separuh. Mesti korang tak tau tu movie apa kan. Cerita zaman bila ntah. Will Smith yang berlakon. Kita tengok je kalau cerita tu best. Tengok separuh2 bukan bermakna cerita tak best. Besttt tapi ngantuk. Tapi apa kes ntah malam tadi susah gila nak lelap. Puas pusing sana sini. Last2 tidow muka ngadap kipas baru terlelap. Tu pun dah pukul 2 lebih. Dah hari ni liat betul nak bangun pergi kerja. Pergi dengan mata ngantuk gila! Haha


Hari ini buat kerja kat luar. Habis basah seluar sebab masuk segala becak lecak. Sabar je lah! Nasib baik kerja sikit je. Tengahari dah siap pastu cabut pergi office cepat2. Boleh merasa air-cond n tidow! Huahuhua..


Alaaaa nak cerita pasal rambut gugur sebenarnya. Sejak dua menjak ni rambut ni asyik gugur. Adoi. Memang tak suka sangat kalau kes rambut gugur ni. Ni kes masa balik kampung hari tu. Balik kampung nenek kt Kelantan. Masa tu tukar2 pakai syampoo. Kita pakai Sunsilk orange. Tapi masa singgah rumah abg kt Muadzam, kita pakai syampoo Sunsilk biru. Pastu sampai rumah nenek tu siang tu pakai syampoo ape ntah  sebelum minta tolong along kita pergi carikan jugak syampoo Sunsilk orange tu malam tu jugak!


Pastu balik semula Johor tu tukar2 pakai syampoo lagi. Pakai jenama Safi kot. Adoi! Start dari tu rambut lagi teruk gugur. Asal sikat je rambut, berhelai2 rambut gugur. Memang jatuh ke lantai. Kalau kutip memang cukup segenggam! Segenggam hokeey!!


Pastu balik semula KL. Rambut masih gugur until now. Huaaaa sedih sangat. Benci rambut gugur. Dah la kita ni pengemas, memang anti sikit kalau bilik sepah especially kalau nampak rambut gugur. Mesti nak kutip. 


Lepas dah 2 minggu lebih rambut masih gugur, rasa dah boleh start risau. Risau gila! Kita dah pakai syampoo Sunsilk orange + conditioner Sunsilk orange gak tapi macam tak berkesan. Dan kita memang pemakai minyak zaitun kat rambut secara tetap tiap2 kali lepas mandi. Suka pakai minyak zaitun sebab kalau pegang rambut, rambut lembut je. Hehe



Tadi ada baca petua, kalau taknak rambut gugur, pakai minyak zaitun banyak2 macam mandi minyak tu, pastu balut pakai towel berlembabkan air suam (kelakar je bunyik!). Pakai dalam 30minit and then mandi and syampoo. Rasa boleh try kot tu. Ok start sok boleh try! Hehe. Habis la stok minyak zaitun aku! Haha


Second, petua jugak. Pakai daun lidah buaya + bunga raya putih. Blend pastu bubuh kat kepala. Rasa takleh nk ikut sebab takde  daun lidah buaya tu. Lidah buaya darat banyak lah. Huahuahua!!


Third, jangan sikat rambut time rambut basah. Sikat time rambut dah kering. Tapi kena sikat dari hujung rambut dulu pastu baru dari atas ke bawah. Ni boleh ikut kot kalau2 tangan tak gatal sikat time rambut basah. I kan suka cantik2 kemas2. Mana boleh tak sikat rambut kan. Hikhikhik. Tapi kalau taknak rambut gugur, ok la kot! =)

Fourth, dah baca petua2 lain tapi takleh nak ikut. Hehe. Sebab kt mana pulak nak cari daun inai lah, daun rambutan muda lah. Kalau kat kampung ok lah! Tapi sekarang kt KL. Kes malas nak cari pun ye jugak. Hehe. Tapi hati kuat suruh follow petua yang first tu sebab benda tu semua ada depan mata. Sekarang nak buat pun boleh. *suke2 sambil melompat riang*


Harap lepas semigggu mencuba petua tu akan berhasil lah! Tak tahan tengok rambut gugur banyak. Rambutkan mahkota wanita, mana boleh hilang macam tu je! Sayang woooo..


Ehhh panjangnye entry. Rajin pulak nak taip panjang2. Hehehe.


I love u for a thousand years~~~ lalala...



Till then. See you all later...


Salam~~



ni petua nak elak sunburn. Gambar takde kena mengena dengan tajuk entry! hikhik

Monday, May 14, 2012

217 Saya hanyalah.....

Monday, May 14, 2012
Assalamualaikum....








saya hanyalah insan biasa.


saya berusaha untuk kesenangan saya sendiri.


saya hidup semampu saya.


saya hanyalah insan biasa.


saya gembira kerana saya gembira.


saya sedih kerana saya sedih.


saya marah sebab saya marah.


saya benci sebab saya benci.








tapi..


saya hanyalah insan biasa.


saya cinta dia dengan sepenuh hati sebab saya cinta dia.




terima kasih sebab sayang saya.












hidup ni penuh dengan cabaran.


macam-macam orang macam-macam ragam.


kadang-kadang kita menyampah dengan sikap orang yang menjelikkan.






terima kasih kepada si dia sebab selalu teman saya.


berdoa kepada Allah untuk lebih keberkatan dan perlindungan.


semoga Allah permudah perjalanan hidup saya.








One more lesson that i learned today


Smart people never always helping people.


sebab kita nak dia usaha sama macam kita usaha.








harap ada yang faham maksud saya.












salam~~~

Sunday, May 13, 2012

216 Tak sabar rasanya

Sunday, May 13, 2012
Assalamualaikum...




Update blog dah tengah malam, maksudnya takleh nak tidow sebab hari seharian harian tidow jek. Bangun makan pastu tidow balik sampai malam. Kepala pun naik biol. Rasa cam blur jek. Tapi bab perut tak blur pulak. Siap makan kt mamak pulak. Hehe. Alhamdulillah kenyang sudah.




Kenyang sampai meniarap nak update blog pun rasa senak. Tapi nak meniarap jugak. Barulah feel nk update blog kan. Minggu ni memang takde wat ape2. Duduk rumah, layan movie 5 ke 6 cerita. Hangover lah. X-Men lah. Ice Age lah. Ombak Rindu lah. 3 Idiots lah. Letak laptop atas printer, wahhh macam kt rumah. Pastu laptop mati tibe2 sebab kepanasan. Huahuahua. Ye lah kalau letak kt lantai memang ngadap kipas. Sejuk je la dia. Sebab nak feel kt rumah konon, 2 3 kali laptop mati. Haha. Kejam betul!




Esok isnin. Takde la Monday Blues sangat. Rasa biase jek. Mana tak nya. cuti 4 hari dah. Dari hari Khamis sampai Ahad. Duduk rumah jek pulak tu. Esok kena bangun awal tapi sekarang tak ngantuk sangat. Ada kerja nak print tapi tak print lagi. Suka sangat kerja tangguh2 kan. Nanti kerja lambat siap, esok ngamuk2 sebab mengantuk kt office.



Lusa ada medical check up kt Prince Court. Excited pulak. Weh Prince Court la. Hospital mahal tu. Ooopss bukan nak berlagak. Terlebih happy je. Padahal buat blood test je. Hehe.


MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com





Tak sabar rasanya nak pakai baju lawa2. Nanti dapat kerja baru boleh la pakai baju lawa2. Hehe. Baju kurung dalam luggage tu memang tak pernah pakai sejak datang sini. Camner nak pakai kalau kerja dalam hutan. Hekhekhek. Kasihan sama saya kan. Takpe2. Sabar2. Cabaran kerja belum bermula. Sekarang berangan bukan main kan. Konon nak pakai baju lawa2. Boleh mekap. Sekali dah kerja betul2, nak mekap2 pun malas. Agaknye lah!



Sekarang layan lagu Bruno Mars and Rihanna jek. Download lagu diorang banyak2 pastu dengar puas2. Sampai tertidow dengar lagu diorang.







MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com
 





Nahhhh untuk korang lagu dari Bruno Mars. Actually lagu Lil Wayne ft Bruno Mars. hehehe














Ok nak golek jap!





salam~~~



Tuesday, May 8, 2012

215 Gathering again

Tuesday, May 8, 2012
Assalamualaikum u all!!



Gathering again. Bunyi cam selalu join tapi sebenarnya ni baru 1st time join gathering ni. Kali ni buat kt Midvalley. Dan saya pun baru second time pergi Midvalley ni. Haha. Kantoi sudah. Mana taknya suh cari Mcd pun pergi sampai tempat parking kereta. Terpaksa lagi naik atas semula. Nampak sangat jakun sangat kan. Haha. Seriously saya bukan kaki nak pergi Midvalley selalu. Buat apa nak pergi tempat yang sesak2 kalau ada tempat yang tak sesak kan. *alasan sangat* hahaha.




Jadi dengan beraninya saya pergi Midvalley naik KTM woooo. Ni pun 1st time pergi sana naik train. Kita selalu drive je. Jadi naik public transport gini memang tak biase la. Nasib baik la naik train ni sekali jek. Takyah tukar2. Kalau tukar mau mati kutu kt KL sentral tu. 



Aktiviti masa gathering adalah makan2. Part paling saya suka! weeeee~~~


dk kalau makan mmg tak ingt donia. haha

sedap. tak ingt nama lah! nti nk ajak dia makan kt sini jgk! next gaji. hehe

sambal ikan bilis nye pizza. tak sempat nk rasa dh habis. next time boleh order byk2.

ni pun sama. makan penuh2 mulut..haha



saya tetap comel2 kt mana2. blueekkkk

and again!

semua yang ada. Jz, dk,cepot,zue,hanim n ina

cik yah n cik qah

herot berot minum air! dh tak comel pulak...bluekkk lg sekali











kt Midvalley pun nk bergambar ala2 mcm pasukan rugby! Haha. Janji bahagia sudehhh. Lama tak jumpa diorang ni. Sekali jumpa gegak gempita tempat ni.






Next time boleh plan jumpa lg. Tak tau lg. Tunggu next time gathering. Miss u all! mmuuaahhh mmuuaahhh










till then. tata!






salam~~

Friday, May 4, 2012

214 Kembali senyum

Friday, May 4, 2012
MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com








dengar lagu sambil jawab soalan matematik tingkatan 3! huahuahua....

213 Canopy Walkway

Assalamualaikum... 



Hari ni duduk office takde buat kerja. Orang office pergi mana ntah. Ada kursus kot. Kitorang ape lg plan nak naik Canopy Walk la. Actually diorang dah naik semalam tp tak dapat lalu dekat hanging brigde tu sebab hujan lebat. Jadi diorang plan nak pergi hari ni pulak. Since kt office takde orang, kitorang cabut la pergi ke Canopy Walk ni.


Jauh gak jalan kaki ke dalam sana. Kena daki bukit sikit. Siap bawal bekal biskut, air sebotol. Orang cina yang datang jogging tu rileks je tangan kosong. Hahaha Cuaca cantik sangat lah! Tak hujan dan tak berkabus pun. Berpeluh-peluh masa sampai atas sana. Hehe. Tapi takpe janji puas hati kan. Tercapai jugak hasrat nak naik atas sana.














































Sampai office tengahari tu terus letih gila sampai tertidow! hahaha..


Apa nak jadi la ni! Tido kejap je! Hehehe