Wednesday, April 4, 2012

206 Sorry abg polis

Wednesday, April 4, 2012
Assalamualaikum...


Hari kerja penat sangat. Plus panas pulak tu. Mula-mula hujan pagi tadi pastu masuk kul 10am macam tu start panas pulak.


Eh bukan nak cite pasal tu tapi kan hari ni kan saya telah melanggar motor abg polis traffic. Hehe. Mula-mula gini, biase lah pagi-pagi mesti pergi breakfast kat kedai makcik depan FRIM tu, memandangkan dah terlambat jadi parking tepi jalan tu penuh dan terpaksa pulak masuk parking kt bahagian dalam. Okey lah, dah masuk parking baik punye, kita pun pergi la beli breakfast. Beli meehun dan rendang daging. Sebenarnye hati taknak sangat makan rendang daging, which is rendang daging ni is my special food during hari raya saje. *eh melalut lagi*


Nak dijadikan cerita duk undur2 kereta tu terlanggar la motor yang tengah parking belakang kereta kita. Kedebushhhhh kerek2 terlanggar lah motor abg polis tu. Orang dalam kedai dah jerit2 kena boo. MALU SIOTTT!

Tapi yang datang angkat motor tu pakcik kt kedai makan tu. Ingat motor dia lah. Nervous gak sebab ada polis yang follow belakang pakcik tu. Bajet kena saman la ni. Uwaaaa takut. Duit dah ciputttt!


Rupa2 nya motor tu motor polis tu!!

Uwaaa lagi la takut!!


Tengah2 nervous tu, tangan dah menggigil, kita terpanggil polis tu 'abg'...hahaha

"ni motor abg ke? sorry la terlanggar, tak nampak"

polis tu, "takpe2,takde ape2 pun"



Fuh lega beb!


Saya terus masuk kereta dan tekan minyak laju2. Terus pergi site lalu jalan luar, tak masuk FRIM dah, angkara kenervousan yang melampau. Hahaha. Nasib baik abg polis tu baik jek! Kalau dia saman, mati la saya.



Tapi dalam kereta duk bebel kereta kemek ke tak eh. Haha. Risau kt kereta pulak. Ye la kereta ni bukan kereta kita. Kereta abg kita. Huhuhu. Alhamdulillah takde apa2 kecuali calar sikit dalam 3cm. Fuhhh lega lagi sekali.



Peringatan kt diri sendiri, lain kali tengok2 sikit ada ke tak kereta ke motor kt belakang kereta kita tu.


Allah bagi peringatan sebenarnye tu. =)












One more thing, sebenarnya pagi tadi, kita turun rumah tak baca bismillah and baca ayat kursi. Kepala serabut. Allah sentiasa teman kita dan mengingatkan kita selalu. Tu amaran pertama tu. Takutnya. Subhanallah!









Esok drive kereta elok2 ye cik eiman! =)




MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com
MyEm0.ComMyEm0.Com





As-salam~~~

No comments: