Tuesday, April 3, 2012

201 Mari buat kek

Tuesday, April 3, 2012
Assalamualaikum..

Selamat petang! Lama tak update blog. Line tenet takde sangat and sebab laptop ni tak betul sangat. Sebab tak habis format lagi. Banyak benda tak settle lagi. Microsoft office pun takde. Sian laptop ni togel jek. Tapi rasa best sebab ringan je. Laju je bila online. Hehe


Tadi tiba2 ayah call, rupanya ayah dah ada kt KL. Tak tau pun. Pastu ayah janji nak datang sini sebab nak lunch sama2. Nasib baik memang balik awal sebab hujan tadi, jumpa kt kedai yang selalu lepak. Mak belanja makan. Hehe. Save bajet hari ni! Alhamdulillah. =)



Hari sabtu ni sebenarnya nak balik kampung jugak sebenar nye. Tiba2 rasa nak wat kek kalau balik rumah. Sempat ke tak ek tak tau la. Harap2 sempat la. Hari isnin nak pergi Muadzam Syah pulak and hari Selasa bertolak pergi Kelantan. Kita cucu orang Kelantan jek tapi tak reti nak kecek kelate! Hahaha.


Best nye kalau dapat buat kek yang warna warni tu. Sedap nye! 



Misi mencari resepi kek warna warni bermula sekarang!C=


Nak buat yang simple2 je. Bukak terer sangat nak buat yang cam kt tv tu. Kita nak try je. 


Resepi ni cam best je...

Bahan-bahan :

280 gm Mentega
280 gm Tepung berserbuk penaik
260 gm gm Gula kaster
50 ml Susu sejat
5 biji Telur gred A
1 sudu teh Esen vanila
Sedikit Oren Emulco, Coklat emulco, pewarna merah jambu, hijau.


Method :

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
4. Kemudian masukkan susu.
5. Masukkan esen vanila. Pukul hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan merah jambu, hijau, coklat emulco dan oren emulco.
7. Tuang sedikit demi sedikit berselang-seli warna kedalam acuan dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 c selama 15-20 minit atau sehingga masak.



kat rumah je barang2 dah ada. Lengkap semua. Bahan2 kek pulak senang je nak cari depan rumah. Hehehe


Wish me luck!


Padahal lama lagi nak buat nye. Berangan jek lebih!






sorry saya amik gambar ni dari siapa ntah. pak google yang bagi. Kita amik jek! Nak buat kek cam atas ni lah!


harap2 jadi. Tunggu minggu depan tgk hasil nye! =)

No comments: