Sunday, April 29, 2012

211 Happy Birthday My Super Cute Niece!

Sunday, April 29, 2012
Assalamualaikum!


Semalam ada perhimpunan Bersih, semalam jugak ada my niece birthday!


Abaikan Bersih yang huru hara tu. Happy birthday to my sweet niece, Nurarfa Khadeja Hamzah.

Saja nak buat wish birthday kat sini walapun adik pah tak baca blog ni. Baca pun belum pandai sebab baru masuk 4 tahun. 28 April 2012. Genap 4 tahun adik pah. Ucu sayang sangat kat adik pah tau. Jangan nakal2. Makan banyak2 biar comel cam ucu jgk. Hehe


Taun depan dah boleh masuk sekolah. Tapi adik dah pandai dah. Tak pakai pampers malam2. Good Girl. 

Semalam adalah call dia. Dia cakap ''ucu ucu, hari kan selamat hari jadi kita tau. Kita dapat basikal kaler dirah (merah). Babah belikan". Lepas tu apa lagi dia menuntut hadiah besday dari ucunye la pulak Dah janji nak belikan dia baju. Tunggu dulu eh dik, tunggu ucu dapat keje yang mantap2 pastu kita shopping baju kt Jusco! Hehehe.





Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to adik pah,
Happy birthday to you,
And I love you!




adik pah dengan kak ya kt Langkawi

masa mandi kolam kt Kelantan


adik pah dengan ucu masa naik cable car kt Langkawi...

naik bot nak ke Tasik Dayang Bunting




mandi kolam kt Port Dickson
my sweet niece! Love u adik!

210 Aku dan Wayang

Assalamualaikum semua!



Update blog jadi jarang2 kalau takde masa nak update blog. Idea muncul tiba2 tapi laptop takde depan mata. Tapi kadang2 idea tiba2 datang tu takleh digunakan pakai sebab idea nak kutuk orang! Hahaha. Taknak la, kang ada orang baca dan sentap! SENTAP! Bukan boleh orang2 ni sentap! Eh malas aku! Tak kuasa nanti menahan amarah dalam hati!




Jadi buat tak tau je la. Sabar je lah! 


Ok abaikan kisah tu!




Ok bye!



Eh belum lagi. Nak cerita pasal tengok wayang.




Masa hari rabu hari tu ada pergi tengok wayang. Takde cerita selain cerita Uncle Usin. Yang lain tamil hokkeyyy. Sebab pelakon nye Zizan and Johan. Kita pun try la nak tengok kan. Tiket pun rm6 je. Murah gila! Biase la kan hari rabu pulak mesti la murah.




Sekali kan, bila tengok cerita tu. BODOH sangat jalan cerita. Tak sesuai jalan cerita gitu dengan pelakon nye yang memang lawak gila. Jurus segala jurus konon. Cerita murahan sgt. Lawak ntah hape2. Last2 sekali tak tau pun siapa Uncle Usin tu. Maybe Nabil kot yang jadi tukang kutip sewa rumah Zizan tu. Isk SENGAL!


Tak puas hati tengok cerita gitu. Hari Jumaat tengok The Avengers pulak. BEST! BEST GILA! Walaupun amik yang late night movie, mata mengantuk tahap gaban. Sejuk macam nak beku dalam wayang tapi tengok jugak cerita tu sampai habis. Bukak mata besar2.Hahaha 




Kisah Hulk, Thor, Ironman, and Captain America yang tolong Fury untuk selamatkan dunia dari dihancurkan oleh Loki, adiknye Thor. 



Kelakar bila Hulk taknak dengar cakap orang. Pastu dia jadi hijau pastu dia lambung2 kaki Loki lepas tu cakap Loki dewa lembik. Sengal tol! Hahaha.



Puas hati dapat tengok cerita gini. Minggu dulu tengok Battleship. Best jgk. Tu lah berbaloi cerita yang macam ni. Mahal sikit pun takpe. Ok je!




Nanti nak tengok cerita My Way pulak =)






Sekarang perut sudah lapar. Nak masak bubur la!


ok chow!



Tuesday, April 24, 2012

209 Cukup sudah cukup song~~

Tuesday, April 24, 2012




mari kita karoke!!! weehhooooooo~~~~

Thursday, April 19, 2012

208 Budu vs Belacan

Thursday, April 19, 2012
Assalamualaikum!



Minggu lepas kita balik kampung. Balik Johor dulu hari Jumaat malam. Stay kt Johor sampai hari Isnin. Pastu petang Selasa tu bertolak pergi Muadzam Syah dulu. Stay sana 1 malam. Kat rumah my bro. Layan anak2 dia 1 malam. Geram kt Idesh. Dia dah pandai cakap la. Suke2. Makin kepoh lak dia sekarang ni.



Pastu dari Muadzam Syah soknye tu, pergi breakfast dulu ramai2 kt kedai makan, pekena nasi impit dengan opor daging (baru tau nama dia opor daging, rasa masam2 tapi sedap) pastu terus bertolak ke Kelantan. 2 bijik kereta.


Sampai2 Kelantan dalam kul 5 petang. Petang tu round2 pekan Ketereh jap cari barang makan malam and barang mandi. Nak mandi air perigi la katakan! Best nye mandi air perigi, sejuk banga! (Banga means sangat2..Betul ke?) Saya orang Johor, tak reti cakap Kelantan! Hahaha



Misi utama nak pergi tengok my Mek kt sana. Misi kedua shopping kt Wakaf Che Yeh and Rantau Panjang. Don't Worry, walaupun balik memang nak balik tengok Mek tapi shopping tetap ada untuk Mek. Dapat rembat kain baju kurung, tudung 2 and telekung cantik pun Mek dah syukur sangat2. Anak cucu dia yang dari Johor ni mampu balik setahun sekali je. =)





kompleks kesenian dan kebudayaan kalau tak silap
kita!
my bro wafiq!
mandi kolam! dah jumpa kolam tak tengok kiri kanan dah! mandi la korang sampai kecut yeee
aleya, dik pah and amni
excited terlebih
my name is amni.=)
tgh dok kejar2 budak mandi kolam. jumpa la mek comel ni! tak sangka leh jumpa kt kelantan padahal sama2 keje kt KL tapi tak pernah jumpa kt KL pun. Hehehe. Fatin, nti kita meronggeng kt KL eh...hehehe
again..background kolam! hehehe
my mom!
me, wafiq and along
my cuzzie, amy!
lawak la mek ni. dalam banyak2 cucu dia, dia nk dukung kambing dia jgk. takleh berenggang tu dengan kambing dia. kitorang ajak pergi mandi kolam, dia kata mek busy la, sapa nk jaga kambing, ayam, itik, kucing...semua la dia risau! last kena tinggal sorang2 kt rumah. mek lebih rela duduk rumah dari jalan2. biase la orang tua. bukan larat pun. tapi bab jaga kambing ke lembu ke mek steady je! u rock mek! hehehe
on that day nak balik johor dah. Mish mish u mek!
kucing ni cute giler. rasa nak amik bawak balik tapi ada kang kucing mati dalam kereta. kucing mana tahan naik kereta. huhuuhu
me n mek
miko n miki hehehe
adik pah said : "nama dia kiko, nama mak dia shin chan! lawak tol!
ain, amni n athilah
dah cun budak2 ni sekarang. tergugat i tau! cettttt
gambar ramai2 before bertolak balik. dah selamat sampai johor dan sampai KL semula dah. rindu kt diorang semua!








Dapat balik Kelantan setahun sekali je. Rindu nak balik sana lagi. Mandi air perigi dan makan ulam cecah budu. Hehe. Tapi setiap kali mek cakap, mak kena translatekan untuk kita. Isk teruk betul! Hahaha


Nak buat camner, dah tak faham kan. Nenas jadi Lanah. Tak ke jauh bunyi nye tu. Memang kena buat kamus nih! =p

Friday, April 6, 2012

207 What a boring night

Friday, April 6, 2012
Assalamualaikum~~





Arrgghhh boring nye malam ni! Perut lapar sangat!


Tak tau nak watpe, asyik kemas bilik je walaupun bilik sudah sediakala berkemas. Hehe

Tapi tetap boring. Call asyik tak dapat.

Tengok baju dalam baldi tak berapa nak banyak pun rasa nak basuh. Kutip sana sini jadi banyak pulak nak basuh. Berejam duduk dalam toilet, kejang kaki pinggang semua. Rasa ada yang menahan nak terkencing kot sebab kita duduk lama sangat dalam toilet. Sorry housemate! Hahaha



Tenaga banyak digunakan masa membasuh baju. Maka perut makin lapar! Cis!



Tunggu esok je lah makan. Terbayang2 mee sup depan FRIM tu. Hehe





Tidow lagi baik lah! Gudnite everyone!






MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com












As-salam~~~

Wednesday, April 4, 2012

206 Sorry abg polis

Wednesday, April 4, 2012
Assalamualaikum...


Hari kerja penat sangat. Plus panas pulak tu. Mula-mula hujan pagi tadi pastu masuk kul 10am macam tu start panas pulak.


Eh bukan nak cite pasal tu tapi kan hari ni kan saya telah melanggar motor abg polis traffic. Hehe. Mula-mula gini, biase lah pagi-pagi mesti pergi breakfast kat kedai makcik depan FRIM tu, memandangkan dah terlambat jadi parking tepi jalan tu penuh dan terpaksa pulak masuk parking kt bahagian dalam. Okey lah, dah masuk parking baik punye, kita pun pergi la beli breakfast. Beli meehun dan rendang daging. Sebenarnye hati taknak sangat makan rendang daging, which is rendang daging ni is my special food during hari raya saje. *eh melalut lagi*


Nak dijadikan cerita duk undur2 kereta tu terlanggar la motor yang tengah parking belakang kereta kita. Kedebushhhhh kerek2 terlanggar lah motor abg polis tu. Orang dalam kedai dah jerit2 kena boo. MALU SIOTTT!

Tapi yang datang angkat motor tu pakcik kt kedai makan tu. Ingat motor dia lah. Nervous gak sebab ada polis yang follow belakang pakcik tu. Bajet kena saman la ni. Uwaaaa takut. Duit dah ciputttt!


Rupa2 nya motor tu motor polis tu!!

Uwaaa lagi la takut!!


Tengah2 nervous tu, tangan dah menggigil, kita terpanggil polis tu 'abg'...hahaha

"ni motor abg ke? sorry la terlanggar, tak nampak"

polis tu, "takpe2,takde ape2 pun"



Fuh lega beb!


Saya terus masuk kereta dan tekan minyak laju2. Terus pergi site lalu jalan luar, tak masuk FRIM dah, angkara kenervousan yang melampau. Hahaha. Nasib baik abg polis tu baik jek! Kalau dia saman, mati la saya.



Tapi dalam kereta duk bebel kereta kemek ke tak eh. Haha. Risau kt kereta pulak. Ye la kereta ni bukan kereta kita. Kereta abg kita. Huhuhu. Alhamdulillah takde apa2 kecuali calar sikit dalam 3cm. Fuhhh lega lagi sekali.



Peringatan kt diri sendiri, lain kali tengok2 sikit ada ke tak kereta ke motor kt belakang kereta kita tu.


Allah bagi peringatan sebenarnye tu. =)












One more thing, sebenarnya pagi tadi, kita turun rumah tak baca bismillah and baca ayat kursi. Kepala serabut. Allah sentiasa teman kita dan mengingatkan kita selalu. Tu amaran pertama tu. Takutnya. Subhanallah!









Esok drive kereta elok2 ye cik eiman! =)




MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com
MyEm0.ComMyEm0.Com





As-salam~~~

205 Wordless Wednesday

MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com






p/s give me a new spirit!