Wednesday, March 28, 2012

200 Asyik ponteng kerja jek!

Wednesday, March 28, 2012
Assalamualaikum!

Kejadian hari ni dan semalam lebih kurang sama. Ponteng kerja lagi. Takleh jadi ni. Bukan kemahuan kita nak ponteng kerja ni. Tapi disebabkan sebab-sebab yang takleh dielakkan. HUJAN!


Kita kena buat kerja luar. Means bukan dalam office la. Alaa dah pernah bagitau sebelum ni. Jadi kerja memang kena ikut cuaca. Kalau tak hujan boleh la buat kerja. Tapi kalau hari panas sangat macam matahari terasa berada 3 meter or 4 meter kat atas kepala memang kena stop jugak kerja tu n sambung waktu petang.

Tapi kalau hujan memang sorry la nak masuk hutan. Ada 2 possibility. 1st tanah licin dalam hutan and 2nd ranting jatuh atas kepala. SAKIT WOOO. =p


Kalau semalam hujan masa dah sampai site. Duduk bawah pondok je la. Duk main brick game rm5.90 kita beli ke MYDIN. Hehe. Tapi hari ni hujan dari pagi. Masa nak bangun kul 6.30am tu dah dengar hujan rintik2. Tapi bangun jgk nak mandi n solat. Pastu siap2 je la nak pergi kerja. Tapi lepas tu hujan makin lebat.


Kalau korang nak tau, hujan kat dalam FRIM and luar FRIM lain2 tau. Kadang2 dalam FRIM hujan lebat semacam tapi kt kt luar FRIM tak hujan pun malah panas terik. Kalau kt luar FRIM hujan means dalam FRIM pun hujan jgk. Tu nama nye FRIM tu pusat tadahan hujan. Tu yang cam tu. Hehehe


Ni masih kt rumah. Petang la kot baru masuk kerja. Harap tak hujan la. Misi duk kt rumah ni cari kerja sampai sakit tulang belakang sambil makan biskut Lexus color ungu. Yummy! hehe

kawan2 kerja kita

kawan2 kerja jugak...hehehe







tata!


as-salam~~



p/s kalau hujan sampai petang best jugak. ahaks!

No comments: