Friday, October 14, 2011

171 Tahajjud Cinta - Keadilan ke ini?

Friday, October 14, 2011
Assalamualaikum semua!

Sekarang ni mood nak update blog agak kureng la...

Tapi malam ni ada cerita best!

Siapa tengah tengok kt TV3 sekarang?



Saya geram la dengan cerita ni. Kenapa dengan Ustaz Sauki tu? Dia tak adil! Dia beristeri 4 tapi tak adil. Dia melebih-lebih melayan isteri ke 4 dari isteri yang lain. Mana keadilan untuk isteri-isteri yang lain?

Lagi satu, dia menjalankan hukuman rejam ke atas anak dia sebab berdua-duaan dengan isteri dia yang ke 4 tu. Hubungan mereka adalah sebagai ibu dan anak. Walaupun sebagai ibu tiri, tetapi air sembahyang takkan batal dan walaupun ayahnya bercerai dengan isteri-isteri yang lain, si anak takkan boleh berkahwin dengan bekas ibu tiri. Jadi fitnah yang disebarkan adalah salah. Menjalankan hukuman rejam tu salah. Lagi pun mereka tak melakukan apa-apa. Dia cuma datang ke rumah si anak untuk meminta pertolongan sahaja.





Berbalik kepada cerita Tahajjud Cinta tadi tu. Kenapa tak menggunakan khidmat polis atau mahkamah untuk menentukan siapa yang salah. Kena la selidik dulu. Apa yang mereka buat. Apa yang mereka lakukan. Oppss saya bukan lawyer atau bakal lawyer, jadi saya tak tau apa siasatan yang boleh dilakukan. Tapi basic nya mesti la kena selidik kan. Allah Maha Adil kan.



Bagus la cerita tu macam tu. Memberi pengajaran dan hikmah. Walaupun berkahwin dengan ustaz pun belum tentu bahagia dan adil. Apa lagi berkahwin dengan orang biasa je. Time kahwin je guna ilmu sunnah. Yang lain HARAMMM. Lain la Salih Yaakob, dia memang terer sampai boleh kahwin 4 dan bahagia! Syabas!


Saya cuma emo tengok cerita Tahajjud Cinta tadi. But the ending is not good. Macam tu je. Sepatutnye tunjuk la apa akan jadi pada Seri, Solah, Kak Hamani dan semua lah! Ini tak, just tunjuk yang Ustaz Sauki tu kena tangkap basah dengan Suraya jek!




Moral of the story tak sampai sangat. Tapi mungkin pada yang ada ilmu akan faham apa moral cerita tu. Cerita yang bagus. Cuma mereka ni duduk dalam hutan ke sampai takde polis yang terlibat? Pelik sikit. Tapi nak jadikan cerita kan. Apa pun boleh buat. It is just a story!





Ehh dah la cukup la tu membebel mengarut2. Nak sambung tengok Keeping Up With The Kardashians! Hehe..


As-salam~~



6 comments:

naziyatul fatihah said...

ending tergantung sepertinya :)

Nini Hartini said...

saya hampir bersetuju dengan entry ini. tp maaf saya katakan... mungkin kata2 kamu agak melampau ttg kawen lebih dr 4. adakah Rasulullah shit..celaka..dan sial?..

kata2 ini seperti menafikan kebenaran Allah ttg kawen 4. Mungkin adik perlu mengucap dan edit perenggan tersebut. Maaf... sekadar teguran sesama muslim..

miss shizakiena said...

azie : hahahaha...geram tgk cerita madu2 ni....

miss shizakiena said...

nini hartini : saya tak mengatakan yg Rasulullah tu sebegitu...sy cakap tu untuk lelaki zaman sekarang. saya tau kahwin 4 tu sunnah Rasulullah..dan dibenarkan oleh Allah..Rasulullah berkahwin 4 malah lebih dr 4 dengan niat yang suci, menolong wanita2 yang susah, janda yang miskin dan sebagainya. Rasulullah berkahwin 4 dengan penuh keadilan.Perkahwinan mereka bahagia dan penuh keimanan. Cuba awak tgk zaman skrg, perkahwinan lebih dr 1 mmg tak bahagia dan lelaki yang nk kahwin lg 1 tu mmg bukan dgn niat yang betul. mugkin ada yg betul tp tak seindah niat kan. macam2 boleh jd...walapun perkhwinan ni diredhai oleh isteri pertama or isteri yg lain, tetap ada masalah dan membawa kepada kekecewaan..sy boleh katakan ini adalah salah satu pengalaman di depan mata sy sendiri. sy harap awak faham maksud entry sy. Astaghfirullahal'azim....

Nini Hartini said...

apa yg saya tahu, membenci/menyampah pd poligami sama seperti membenci salah satu syi'ar Allah. Awak berhak utk memilih tdk berpoligami..ttp awk tdk berhak utk membenci hukum Allah kerana tdk ada yg salah ataupun kurang pd setiap syi'ar Allah...

awk ingin katakan Rasulullah habagia dan adil. ttp zmn skrg, byk yg berpoligami dan tdk bahagia? apakah yg tidak berpoligami itu bahagia dan tdk bercerai-berai? kerana apa yg sy lihat di zaman skrg, psgn yg tdk berpoligami lbh banyak bercerai berbanding yg berpoligami.

kebahagiaan ssbuah rumahtangga terletak pd diri pemandunya. jika ianya mahir memandu, mengikut peraturan, InshaAllah mereka akan sampai dgn selamat. Jika dia hidup berumahtangga mengikut ajaran Islam, InshaAllah mereka akan bahagia selamanya.

Jadi, tdk ada kaitannya sesebuah kebahagiaan itu dgn poligami / tidak. Awak berhak utk memilih tdk berpoligami. ttp awak tdk boleh menolak hukum tersebut. kenyataan yg awk cuba sampaikan di entry ini, sama seperti awk menolak hukum Allah.

Yakinlah bahawa setiap yg Allah izinkan itu pasti punya kebaikannya kpd Umat Islam dan kaum muslimin..

Maaf atas kekhilafan...saya tdk byk ilmu, ttp sy teringin untuk berkongsi ilmu....

miss shizakiena said...

ok itu pandangan awak..saya terima pandangan awak tu..mungkin awak takde pengalaman orang yang berpoligami tu cmner keadaan nye....sy minta maaf jika ada kekasaran bahsa di dalam entry saya...