Sunday, October 2, 2011

168 Puding Roti untuk hari minggu!

Sunday, October 2, 2011
Assalamualaikum semua! 

Selamat Berhari Minggu! Oooppsss sudah terlambat ek untuk mengucapkan macam tu. Ahh tak kisah lah! Saya sihat. Kamu semua macam mana?


Hari2 saya untuk seminggu ni agak kelam kabut sikit. Bukan kelam kabut sangat pun cuma maksud saya banyak sangat kisah2 yang terjadi dalam minggu ni. Kira macam banyak cerita la. Berguni2. Tapi takleh nak cerita kt sini sebab takut ada yang sentap! Kekeke


Kang kalau ada yang sentap2, tak bertegur sape pulak. Saya ni kan peramah terlebih, kang kalau tak bercakap dengan orang, saya juga yang pening! Hehe..



Ok la saya cuma bercerita skit jek. Sikit jek ek, takleh panjang2. Cerita pertama bermula macam ni, masa hari rabu minggu lepas bersamaan 30 Syawal, saya telah kehilangan pakcik saya. Jadi saya bergegas pulang ke kampung nenek saya yang sejauh 10 minit jek (dekat sangat!), tunggu punya tunggu, jenazah pakcik saya tak juga sampai, last2 kami semua terpaksa bergegas ke tempat tinggal beliau dan beliau dikebumikan di situ. Ada kisah2 yang membuat saya terkejut disitu. Isteri kepada pakcik saya pengsan2 dan berlaku sedikit perbalahan. Isk isk isk! 



Cerita kedua, cerita ketiga dan cerita keempat saya taknak cerita sebab cerita nya sangat mengharukan! Biar saya dan mereka2 yang tertentu je la yang boleh tau. Jangan marah yek!




Cerita kelima pulak adalah kisah saya membuat Puding Roti untuk hari minggu yang busy itu. Amboi introduction terlebih sudahhhh. Haha. Ini cara untuk menggembirakan hati yang lara. Lara lah sangat! Hehe


Google punye google terjumpa resepi Puding Roti paling kacang! Apa lagi, cari bahan dalam peti ais dan terus buat! Nasib baik peti sejuk rumah ni macam Pasaraya Chop Guan Seng depan rumah! Semua barang ada! Hahaha..



Cuma takde susu cair dan roti jek. Eleh kata tadi peti sejuk rumah cam peti sejuk Chop Guan Seng. Aparaaa...


Jadi misi pun bermula! Hehe












nak tau tak apa penyebab Puding Roti tu sangat sedap? Sebab roti tu dibakar dalam toaster dulu. Baru rasa rangup2 nye. Giteww. Macam tu la yang dibagitau dalam blog resepi tu. Hehe. Pastu saya sesuka hati menambah coklat rice dalam tu! hehe



dan Puding Roti saya sangat sedap! Puji diri sendiri je lah! Sebab orang lain taknak puji..=p



Korang2 semua cuba lah! Pasti hari minggu yang dah nak habis ni semakin ceria! Gitewww lagi. Hikhikhik. Kalau tak sempat buat minggu depan jek! Haha



Ok lah ni dah nak maghrib! Saya mahu pergi bersiram dahulu! Kang ayah marah kalau masih ngadap laptop masa nk dekat maghrib. Hehe




Chalowww bebeh!




as-salam~~~~






hugs alllllllll........


No comments: