Wednesday, August 24, 2011

156 Karipap karipap cinta

Wednesday, August 24, 2011
Assalamualaikum!



Selamat Berpuasa yang ke 24 hari! wahhh tak lama lagi nak raya dah. Hehe

Korang pernah tak masa hari2 raya kan, nak2 hari raya 1st, dengan baju kurung tu pergi masuk panggung wayang tengok movie. Tak kira la movie ape pun. Kalau saya takde maknanya nak pergi tengok wayang masa raya2 kan. Time raya kita nak pergi beraya rumah sedara mara. Betul tak? 



Tapi...


Tapi...


Tapi....






Raya ni ada movie baru kuar la. KARIPAP KARIPAP CINTA LAH! oopppsss jangan salah baca yer.Hehe

Nak tau tak saya ada novel movie ni. Punya lah dah lama beli tapi saya tak pernah baca. Sebab saya bukan kaki novel nak baca on the spot boleh habis baca. Baca bila masa terluang. Bila masa terluang pun tak tahu la. Hahaha.

Bila tau nk ada movie cepat2 habis kan baca, baru la tau jalan cerita kan. Bila dah habis baca ape lagi tengok la trailer pulak. Pastu tau dah jalan cerita. Ngengehngeh!


Baca novel ni memang kelakar giler. Tengah2 baca pun boleh gelak sakan. Hehe


Siapa2 yang kaki-wayang-sampai-hari-raya-pun-nak-pergi-tengok-wayang tu pergi la serbu panggung terdekat. Tayangan 30 Ogos ni. Tinggal berapa hari je dak.



Saya tunggu lepas 2 minggu raya baru pergi tengok wayang. Tu pun kalau ada tayangan movie ni lagi. Kalau tak tengok kt astro first, kalau takde gak download jek. Muahahaha...









Resepi Karipap Karipap Cinta

3 ulas rasa suka
1 botol hati gembira
1 biji rendah diri (saiz besar)
2 cawan tolak ansur
5 keping kehormatan
Secubit rasa rindu
3 batang tanggungjawab, dipotong halus
3 bekas cita cita
10 guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta)
Ramuan diadun dengan ilmu dan akal
Masukkan dalam kuali persahabatan dan tunggu sehingga masak
Setelah masak hidangkan bersama orang yang tersayang





Ni siap ada the making off movie ni. Marilah tonton bersama2...










ok la sampai sini saje.


ok bye!



as-salam~~



p/s teringin pulak nak makan karipap buka puasa kang. Mintak ayah beli kt bazaar lah!

No comments: