Monday, August 22, 2011

154 Brownies

Monday, August 22, 2011
Assalamualaikum semua!

Selamat Berpuasa yg ke 22 hari!

Wahhh tinggal lagi 8 hari lagi kita nak beraya.

Saya punya excited macam budak2 lah! Haha

Kat rumah ni saya dah siapkan 4 jenis kuih. 2 cookies. 1 kuih siput. 1 brownies.




Resepi kuih siput tengok internet la ape lagi kan. Pilih mana yang paling senang nak buat. Hehe. Tanya pada yang pakar baru proceed. Yang pakar tu mesti la mak saya. Tunjuk mak resepi pastu tanya bahan cukup tak, kalau mak cakap cukup baru proceed. Ehh gitu pulak. Yelah mak mesti la lagi tau bahan2 nak buat kuih tu cukup ke tak. Kite ni mana lah amik tau sangat. Hehe

Dalam resepi bgtau guna sekilo tepung. Amik kauuu bila bubuh sekilo tepung terasa banyak pulak. Lenguh tangan menguli nye. Tapi akhirnya siap jugak. Dan rasanya sedap. Mesti la sedap sebab tambah satu resepi rahsia yang tak dibagitahu pun dalam internet. Hehe

Seronok bila rasa kuih yang kita buat tu sedap. Buat time puasa memang tak merasa la kan. Lepas buka baru dapat rasa. Hehe


ni adalah kuih siput gondang! muahahahaha =p



Masa sibuk buat kuih2 ni, anak2 sedara ada kt rumah. Biase la budak kecik kan. Sibuk jugak nak menolong. Siap tanya sok nak buat kuih ape pulak. Kalau cakap 'dah takde dah kuih nak buat' eh merajuk pulak. Last2 kena buat kuih lain pulak. Budak-budak.......


Saya ada tengok Wanita Hari Ini hari tu. Ada chef tu ajar buat brownies. Wahhhh senang sangat nak buat. Ajak anak2 buah pergi dapur. Saya bagi arahan jek. Lain2 diorang yang buat. Biar diorang belajar. Suka la gamaknya. Hehe

Ni lah brownies yang anak2 sedara saya buat. Rasanya MARVELOUS! SEDAP SANGAT! Nanti malam raya boleh buat lagi, pastu boleh hidang kt tetamu kan!


simpan dalam tupperware pastu masukkan dalam peti sejuk!



dah tinggal separuh dari gambar kt atas tu. Lepas buka semua duk ngadap benda alah ni. Haha



eh dah kul 5 lebih, kena ke dapur nak masak berbuka puasa. Mak cakap nak masak asam pedas keladi. Saya tak pernah makan jadi nanti buka nak makan. Hehe


thanks for reading this entry!

tata!

as-salam~~

2 comments:

Ezy Chiaki said...

suke mkn kuih siput tu!
sbb sedap..
haha..

eimanhikmah said...

ezy chiaki = mmg sedap tu..rangup2...hehe