Saturday, August 27, 2011

158 Bila kami berempat

Saturday, August 27, 2011
Assalamualaikum semua..



Amacam sedara mara korang dah sampai kampung?

Adik beradik dah sampai rumah belum?

Ada yang bawak kuih raya tak?

Ke ada yang balik kampung bawak badan jek? Hikhikhik



Mula2 saya bangun pagi cm takde mood nak raya sangat jek sebab saya sorang2 jek kt rumah. adik beradik tak sampai lagi. Tapi terpaksa jugak setelkan kerja2 rumah.


Bila petang baru diorang sampai. Haaa baru semangat sikit kan. Baru mood nak datang. Berdesup terus datang semangat tu. Tapi kakak2 jek yang sampai. Abang2 balik lambat sikit.


Bila yang mak dara n anak2 dara ni semua ada kt kampung, masing2 duk padankan badan sebab masing2 dah GEMUK! Hahaha

Puasa ke tak puasa badan tetap naik. Hahaha



Bila masuk dapur mak yang sempit tu melekat bontot sebab masing2 dah gemuk. Hahaha. 









Tapi gemuk taklah gemuk sangat! Korang jangan fikir bukan2. Hikhikhik




kami tak besar sangat kan?? muahahahaha
kami cun jek..=p










mula dari sekarang keje masak memasak bukan kerja saya lagi. Kerja mereka2 diatas kecuali saya. Kahkahkah!!






ok tata!



as-salam~~








Friday, August 26, 2011

157 Baru Balik Shopping!

Friday, August 26, 2011
Assalamualaikum!












Saya baru balik shopping tadi. Ayah yang belanja. Yeay yeay dah ada baju raya sekarang! 












Ok bye!














Selamat Malam!



















Wednesday, August 24, 2011

156 Karipap karipap cinta

Wednesday, August 24, 2011
Assalamualaikum!



Selamat Berpuasa yang ke 24 hari! wahhh tak lama lagi nak raya dah. Hehe

Korang pernah tak masa hari2 raya kan, nak2 hari raya 1st, dengan baju kurung tu pergi masuk panggung wayang tengok movie. Tak kira la movie ape pun. Kalau saya takde maknanya nak pergi tengok wayang masa raya2 kan. Time raya kita nak pergi beraya rumah sedara mara. Betul tak? 



Tapi...


Tapi...


Tapi....






Raya ni ada movie baru kuar la. KARIPAP KARIPAP CINTA LAH! oopppsss jangan salah baca yer.Hehe

Nak tau tak saya ada novel movie ni. Punya lah dah lama beli tapi saya tak pernah baca. Sebab saya bukan kaki novel nak baca on the spot boleh habis baca. Baca bila masa terluang. Bila masa terluang pun tak tahu la. Hahaha.

Bila tau nk ada movie cepat2 habis kan baca, baru la tau jalan cerita kan. Bila dah habis baca ape lagi tengok la trailer pulak. Pastu tau dah jalan cerita. Ngengehngeh!


Baca novel ni memang kelakar giler. Tengah2 baca pun boleh gelak sakan. Hehe


Siapa2 yang kaki-wayang-sampai-hari-raya-pun-nak-pergi-tengok-wayang tu pergi la serbu panggung terdekat. Tayangan 30 Ogos ni. Tinggal berapa hari je dak.



Saya tunggu lepas 2 minggu raya baru pergi tengok wayang. Tu pun kalau ada tayangan movie ni lagi. Kalau tak tengok kt astro first, kalau takde gak download jek. Muahahaha...









Resepi Karipap Karipap Cinta

3 ulas rasa suka
1 botol hati gembira
1 biji rendah diri (saiz besar)
2 cawan tolak ansur
5 keping kehormatan
Secubit rasa rindu
3 batang tanggungjawab, dipotong halus
3 bekas cita cita
10 guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta)
Ramuan diadun dengan ilmu dan akal
Masukkan dalam kuali persahabatan dan tunggu sehingga masak
Setelah masak hidangkan bersama orang yang tersayang





Ni siap ada the making off movie ni. Marilah tonton bersama2...










ok la sampai sini saje.


ok bye!



as-salam~~



p/s teringin pulak nak makan karipap buka puasa kang. Mintak ayah beli kt bazaar lah!

Tuesday, August 23, 2011

155 Projek Kad Raya

Tuesday, August 23, 2011
Assalamualaikum!

Sekarang saya happy sebab rumah saya makin cantik sb ada buat renovation sikit2. Tapi buat masa sekarang tak siap lagi. Saya cakap kat ayah nak cat pintu tapi cat ayah tak beli. Raya lagi seminggu kan. Sempat ke saya nak siapkan pintu2 ni. Kat rumah ni dah la banyak pintu. Huhuhu

Semalam saya siapkan projek kad raya. Rindu kt kawan2 sana. Nak2 untuk yang sama2 belajar kt UiTM Sarawak dulu. Kalau dulu duduk kolej kediaman, kad raya ni main2 pas2 jek. Kelakar betul. Tapi ada jugak yang malu2 kucing main selit2 kt beg. Tengok2 ada kad raya dalam beg. Hehe

Sekarang ni masing2 dah jauh. Ada yang kt seberang laut. Tu yang teringin sangat nak hantar kad raya kt diorang. Baru feel kan siap tampal2 setem2. Hehe

Tapi bukan kawan2 belajar kt UiTM Sarawak jek. Kawan2 sekelas yang belajar kt UiTM Shah Alam pun ada gak. Siapa2 yang ada bg alamat la. Hehe










kad raya masih ada stok. Siapa2 nak kad raya bg lah alamat!










ok bye!

Selamat Berbuka Puasa Semua!

Monday, August 22, 2011

154 Brownies

Monday, August 22, 2011
Assalamualaikum semua!

Selamat Berpuasa yg ke 22 hari!

Wahhh tinggal lagi 8 hari lagi kita nak beraya.

Saya punya excited macam budak2 lah! Haha

Kat rumah ni saya dah siapkan 4 jenis kuih. 2 cookies. 1 kuih siput. 1 brownies.




Resepi kuih siput tengok internet la ape lagi kan. Pilih mana yang paling senang nak buat. Hehe. Tanya pada yang pakar baru proceed. Yang pakar tu mesti la mak saya. Tunjuk mak resepi pastu tanya bahan cukup tak, kalau mak cakap cukup baru proceed. Ehh gitu pulak. Yelah mak mesti la lagi tau bahan2 nak buat kuih tu cukup ke tak. Kite ni mana lah amik tau sangat. Hehe

Dalam resepi bgtau guna sekilo tepung. Amik kauuu bila bubuh sekilo tepung terasa banyak pulak. Lenguh tangan menguli nye. Tapi akhirnya siap jugak. Dan rasanya sedap. Mesti la sedap sebab tambah satu resepi rahsia yang tak dibagitahu pun dalam internet. Hehe

Seronok bila rasa kuih yang kita buat tu sedap. Buat time puasa memang tak merasa la kan. Lepas buka baru dapat rasa. Hehe


ni adalah kuih siput gondang! muahahahaha =p



Masa sibuk buat kuih2 ni, anak2 sedara ada kt rumah. Biase la budak kecik kan. Sibuk jugak nak menolong. Siap tanya sok nak buat kuih ape pulak. Kalau cakap 'dah takde dah kuih nak buat' eh merajuk pulak. Last2 kena buat kuih lain pulak. Budak-budak.......


Saya ada tengok Wanita Hari Ini hari tu. Ada chef tu ajar buat brownies. Wahhhh senang sangat nak buat. Ajak anak2 buah pergi dapur. Saya bagi arahan jek. Lain2 diorang yang buat. Biar diorang belajar. Suka la gamaknya. Hehe

Ni lah brownies yang anak2 sedara saya buat. Rasanya MARVELOUS! SEDAP SANGAT! Nanti malam raya boleh buat lagi, pastu boleh hidang kt tetamu kan!


simpan dalam tupperware pastu masukkan dalam peti sejuk!



dah tinggal separuh dari gambar kt atas tu. Lepas buka semua duk ngadap benda alah ni. Haha



eh dah kul 5 lebih, kena ke dapur nak masak berbuka puasa. Mak cakap nak masak asam pedas keladi. Saya tak pernah makan jadi nanti buka nak makan. Hehe


thanks for reading this entry!

tata!

as-salam~~

Saturday, August 20, 2011

153 Kuih raya dari sini ke bintang-bintang

Saturday, August 20, 2011
Assalamualaikum semua...

selamat petang..

watpe tu?



tak tahu la kenapa lepas buat kuih raya yang 1st tu terus gian nak buat kuih raya yang lain pulak. Mak cakap kuih raya dah ada banyak dah. Ops banyak beli sebenarnya tapi tangan gatal gak nak membuat kuih lain.

Tengok bahan-bahan nak buat kuih raya ada lagi. So main campur2 je la apa yang ada. Gila lah. Konon cam terer la kan. Jadi tu memang jadi. Ada rasa lah. Tapi tak tahu berapa lama masa yang sesuai untuk membakar. 

Cis 1st trip kuih HANGUSSSSS! Memang tension la. Eh takde la tension sangat tapi rasa tak best la sebab kuih hangus. Hukhukhuk

Disebabkan kuih dah hangus malam tu. Simpan doh yang lain2 tu dalam peti sejuk. Boleh gitu. Sambung bakar esok pagi je la. Main agak2 je la waktu membakar tu. Kerja asyik bukak oven tu sebab nak make sure kuih tak hangus. Hehehe

Ni lah kuih kedua saya buat. Jangan tanya resepi sebab buat main hentam jek. Hahaha. Tapi rasanya sedap tau!





sudah siap kuih kedua! Berjaya jugak menyiapkan bakar tu. Keesokkan hari nya terus siapkan bakar semua kuih raya tu. 

Cuma rasa kuih tu pucat sikit. Kalau tau taburkan coklat rice tu tapi takpe lah. Hehe





Nama kuih raya ni kuih raya dari sini ke bintang2 sb bentuknya bintang2...Hahaha...






ok tata!


as-salam~~

Tuesday, August 16, 2011

152 Chocolate Chips Cookies Beyonce!

Tuesday, August 16, 2011
Assalamualaikum owhh Assalamualaikum semua!






korang dah siap kuih raya ke?


eh awalnyeeeee. Hehe


Saya punya kuih raya? Baru siap satu jenis. Dah la satu jenis je satu balang jek pulak tu. Mana cukup weh untuk raya punya satu bulan! Isk gelojoh tol lah! Hehehe


Rileks la. Puasa lama lagi. Opppsss maksud saya raya lama lagi. Hikhikhik






Ni pun percubaan saja. Saya try buat kuih raya tahun ni. FOR THE FIRST TIME OK!


Seriously memang tak pernah buat kuih raya. Dah 23 tahun eh silap2 dah 22 tahun saya beraya baru tahun ni sibuk nak buat kuih raya. Hehe


Ye lah sebelum ni bab kuih2 raya bukan keje saya. Tu keje orang kedai! Huahuahuahua!


Nak tengok CHOCOLATE CHIPS COOKIES BEYONCE saya tak??












nak tau kenapa nama dia CHOCOLATE CHIPS COOKIES BEYONCE? sebab colornya mcm warna beyonce! Hahahaha








Baru jek rasa kuih tu cmner dan rasanya adalah SANGAT SEDAP! Jangan jeles! Kuikuikuikui






Baru jek lepas berbuka puasa ni. Kenyang banget deh! Alhamdulillah.


Nak amik angin dulu pastu baru mandi dan solat.






ok lah sampai sini saja.




Jap lg kang ada projek kuih raya yang lain pulak. Hehe












as-salam~~

Sunday, August 14, 2011

151 Lauk recycle? Apa salahnya!

Sunday, August 14, 2011
Assalamualaikum semua!!!



dah siap masak ke belum? dah hidang atas meja ke belum?



saya dah siap semua. Actually dah siap semua tu daru kul 6 lagi. Masak express betul! Tengok la siapa yang masak, mesti la mak saya. Hehe

Nak harapkan saya masak belum tentu sekarang ni dah siap masak. Haha

Kat rumah ni hari2 masak. Tak suka nak beli2 lauk kt bazaar. Pergi bazaar pun tak. Haha

Hari ini saya nak cakap pasal satu topik iaitu lauk recycle. Ada orang ok dengan lauk recycle. Ada yang tak ok. Kalau lauk semalam jangan harap la nak makan lagi untuk hari ini. Ntah2 lepas buka semalam, tengok lauk tak habis terus masuk tong sampah. Padahal lauk tu elok lagi. Ada jugak yang buang lepas sahur pagi tadi. Yelah kalau dah semua puasa dalam rumah tu and takde siapa yang nak makan, terus dibuangnya lauk tu. Korang nak tau tak itu namanya MEMBAZIR!!

Kalau saya ok je nak makan lauk recycle tu kalau masih elok. Walaupun dimasak untuk berbuka semalam. Apa salahnya makan lagi untuk berbuka hari ni pulak. Tu dapat ELAK MEMBAZIR. MEMBAZIR TU AMALAN SYAITAN TAU.



Mak saya yang ajar. Jangan membazir. Kalau elok lagi kenapa di buang pulak kan.






Lauk berbuka saya dah siap hidang. Nak tengok tak? Lauk paling marvellous which is i like it very much! Hehe. Tengah lapar ape pun sedap. Hikhikhik






untuk gambar atas tu ada dalam plastik tu kuih ayah saya beli tadi. Kuih lopes and pulut panggang. Air pun air masak sudah. Tapi jap lagi nak wat air teh o suam.

Lauk berbuka semalam pun ada. Tau tak lauk ape. Lauk ayam masak korma tu la. My favourite tu! Hehe

Ada lauk singgang. Ada ikan susu bakar. Ada sayur goreng. Alhamdulillah.







ok lah. Mak suh buat air teh o suam jap. Jap lagi nak berbuka dah. 




Selamat berbuka semua!!






Ingat tau jangan membazir!




as-salam~~

Saturday, August 13, 2011

150 Jangan Lupa Namaku

Saturday, August 13, 2011
Assalamualaikum semua!!

dah tak sabar nak tunggu buka jap lagi eh...

Tunggu tau. Tak lama dah. Jap je. Jap je pun saya sempat nak update blog. Hehe


Nak tanya korang tengok tak cerita kt slot Samarinda yang bertajuk Ramadan Terakhir. Alaaa mesti la tengok kan. Cerita ni tengah hot kan. Semua orang sibuk nak tengok kan.

Soundtrack cerita ni meletopsss kan. Saya suka sangat dengar. Tapi kalau search kt Youtube ke Google ke memang takde langsung gambar diorang. Kt video klip pun takde. Cedihhhh. Hukhukhuk

Siapakah mereka ini? Terus menjadi tanda tanya kan. Huhuhu

Suara memang mantap habis. Tak dapat nak teka la suara siapa ntah. Cuma yang saya tahu yang perempuan tu Ana Dahlia. Alaa sekarang awek Chef Riz anak Chef Wan tu. Best gak suara dia. Mendayu habis. Meleleh beb! Ooppsss kang batal puasa! Hahahaha

Ni saya bg dengar sikit la. Tu pun amik kt youtube jek..Hehe



Lirik lagu Jangan Lupa Namaku
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tidak di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana aku mengingatimu
Kerana aku menyintaimu
Andai aku bisa bertemu mu
dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
air mata pasti deras gugur
Kerana aku merinduimu
kerana aku sentiasa menyintaimu ….ooooo
sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh sepenuh hati
Walau kamu jauh di mataku’
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku sentiasa mengingatimu
Kerana aku sentiasa menyayangimu ohh
kekasih hati..
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana aku merinduimu
Kerana aku sentiasa  menyintaimu

Best dengar lagu sebelum kite berbuka jap lg. Hehehe




Alaaaa ada masa lagi. Nak pokpek lagi kt sini. Boleh kan. Hehehe
Kalau tahun lepas kite tengok cerita "Syurgamu Ramadan", tahun ni kita tengok "Ramadan Terakhir". 
Masa saya tengok "Syurgamu Ramadan" tahun lepas, memang tak pernah miss la. Hari2 mesti tengok. Ingat lagi betapa bongkaknya seorang nenek taknak terima cucu sendiri. Last2 nenek diorang balik rumah cucu2 dia untuk masak rendang pagi raya. Pastu diorang nanges2. Sedih sangat. Masa tu episod last cerita ni diorang buat double episode malam raya pulak. Memang menangis lah!
Sob sob sob sob...

Adakah cerita "Ramadan Terakhir" akan buat saya menangis jugak? Kita tengok la sampai episode last. Hehe. Harap touching la kan supaya saya boleh ingat cerita ni sampai mati. Hikhikhik

Cerita "Ramadan Terakhir" ni arahan Ungku Ismail Aziz tau. Alaaa yang jadi Paksu masa cerita "Syurgamu Ramadan" tu la. Waahhhh ingat lagi gitu. Memang berbekas di hati la cerita tu. Hehehe


Nanti korang jangan miss cerita ni tau. Kena tengok sampai habis tau. Kite tengok siapa yang melalak depan tv malam raya kang. Hikhikhik

Ada 1 minit lagi waktu berbuka kawasan Pontian ni. Selamat berbuka semua kawan2 yer..heheh


Oppssss...


Siapa perasan watak Akhie driver Tuan Hisyam dalam cerita Ramadan Terakhir? Nama Jaslin Puasa tau. Dia cute sangat! hahaha...Dia best student kolej mana ntah. =)



Dah2...



SELAMAT BERBUKA SEMUA!!



as-salam~~~~