Thursday, July 21, 2011

139 kasih ayah sampai ke syurga

Thursday, July 21, 2011
Assalamualaikum semua..

sihat tak korang hari ini?
saya sihat sangat. Mana taknye kerja makan je hari ni. Hahaha.
Teruk betul kan? Takpe la janji saya bahagia. Ahaks!

Hari ni ayah saya keluar rumah saja.. Dari pagi sampai ke maghrib. Cam rindu pulak kt dia. Ye lah selalu ayah ada je kt rumah kan. Semalam saya buatkan surat berhenti kerja dia. Ayah cakap dia taknak kerja lagi sebab dia dah tua. Ayah dah 60 tahun dah. Alasan dalam surat tu saya tulis yang ayah saya mengalami masalah kesihatan. Tapi bukan lah sakit yang teruk2. Sakit2 orang tua saja. Demam 2 3 hari pastu ok. Camtu lah. 

Cuma yang macam saya sayukan, tapi bukan baru perasan la. Ayah dah berumur 60 tahun! Cam tak percaya tau. Kalau korang semua tengok ayah saya memang tak macam orang 60 tahun tau. Cam orang umur 50 tahun je. Serious! Ni kes nak puji ayah sendiri ni. Hehehe.

Sekarang ni dia dah tak kerja. I mean tak kerja dengan orang lagi. Sekarang ni dia fokus kat kebun dia je. Kat kebun pun dia ada kuli yang buat. Ayah pantau je. Kira bos la. 

Ayah saya ni penyayang sangat tau. Dia lagi soft dari mak saya. Sebab mak saya ni garang kadang2. Hehehe. Ayah saya sangat care kat anak2 dia sampai kalau dia tau anak2 dia susah mesti dia nak tolong. Macam abang saya yang ketiga, dia kerja kt KL sana, tapi kerja dia susah, ayah ni caring sangat sampai tak sampai hati nak biar anak dia susah kt sana. Caring sangat kan?

Hari tu saya makan durian yang ayah beli, ayah siap cakap nak hantar durian kt abang saya yang kat KL tu sebab ayah cakap durian kt KL sangat mahal. Hehe. Untung2 anak2 dia kan..

Tu belum masuk anak2 dia nak sambung belajar. Dia jugalah yang drive dari Pontian ni sampai ke destinasi. Takdenya anak2 dia ni pergi mendaftar naik bus. Hehe. Cuma tak drive kapal terbang je masa saya nak study kt Sarawak. Haha. Tapi ayah jugak yang pergi hantar saya ke sana kan. Masa akak saya nak pergi study kt UK, dia jugak la yang hantar ke KLIA. Ayah jugak......

Sekarang ni turn saya pulak nak cari kerja. Tapi kerjanya tak dapat2 lagi. Tapi ayah saya dah janji nak bagi kereta sebab dia cakap susah nanti nak pergi kerja kalau takde kereta. Tapi saya tak tahu lagi camner sekarang sebab kerja pun takde lagi. Dan kalau saya amik kereta kt rumah ni. kat rumah ni nak pakai kereta apa pulak. Takpelah. tunggu je la nanti. Hehe

Opppsss ni bukan kisah sedih. Ni kisah gembira sebab saya ada ayah macam ayah dia. Ayah saya yang sangat caring. Caring sangat tau! Jangan jelesh! Hehehehe

ADIK SAYANG SANGAT AYAH TAU!

masa kitorang pergi makan pizza..ayah belanja! hehe


tu saje la hari ni!

terima kasih kerana membaca yo....hehe

as-salam~~~

No comments: