Wednesday, June 22, 2011

128 Kenapa lelaki mesti berangan or nak kahwin dua?

Wednesday, June 22, 2011
Assalamualaikum semua....

sihat hari ini? saya alhamdulillah sihat juga..

hari ini duduk terperap kt rumah je..ke depan ke belakang saje la..hehe..

hari ini saya nak bukak cerita pasal LELAKI KAHWIN DUA..

siapa tengok cerita Anissa kt TV3 kul 10.30 malam td..saya tengok..hehe..alaa kisah pasal husband dia kahwin dengan kawan baik sendiri dan kawan dia tak tahu pun yang kawan baik dia tu dah kahwin dengan husband dia..sian kan kt isteri yang first tu..

saya amat2 tertarik dengan kisah lelaki kahwin dua ni..tak kira lah berangan nak kahwin dua ke..ada hati nak kahwin dua ke..memang niat nak kahwin dua ke..kahwin dua sebab terpaksa ke..kahwin dua sebab nak penuhi nafsu ke..kahwin dua sebab jodoh ke..semua la yang lebih kurang kaitan nya..

kepada orang lelaki seluruh alam ini..korang kahwin dua ni kenapa eh? kenapa mesti kahwin dua..saya sangat musykil la..best sangat ke? korang tak fikir kesan selepas itu apa akan jadi? korang tak kesian kat isteri yang pertama ke? banyak sangat persoalan saya..saya nak tahu sangat apa jawapan terbaik lelaki tu..

saya pernah mendapat soalan dari mr.shizakiena saya, saya tau dia hanya nak menduga saya. dia tanya 'camner kalau abang kahwin dua?'..saya yang dengar soalan tu terus berderau darah..macam luluh jantung saya..rasa macam kecik hati sangat..rasa macam down sangat..rasa macam nak mengamuk time tu jugak..rasa nak meletup jugak..isk tak tau la rasa macam2..semua ada..tu untuk saya yang tak kahwin lagi..dan itu hanya soalan untuk menguji saya saja..tapi fuhhhh kesannya macam ada bom atom dalam kepala..haha..isk rasa worst sangat! dan jawapan saya 'kalau memang ada niat nak kahwin dua, sila jangan kahwin dengan sayang, jangan berani2 nak kahwin dua belakang sayang, sayang akan hilang dari pandangan abang' dan abang takkan hidup tenang kt dunia ni'..jawapan slow tapi penuh makna...haha

tapi bagaimana kalau perkara itu terjadi kt pasangan yang dah kahwin? si suami ni tak fikir pasal isteri ke? korang tak tau ke betapa remuknya perasaan seorang isteri itu kalau tau suami kahwin dua..korang tak fikir ke dalam hati seorang isteri tu betapa terlukanya..korang tau tak?

tak semua perempuan mempunyai kekuatan untuk menghadapi semua tentangan ini..mungkin ada yang nangis tapi tak keluar air mata..tu namanya kesedihan yang amat sangat..korang semua tau bukan?

saya tau poligami tu adalah dibolehkan dalam islam..tapi tak semua suami tau pasal ilmu poligami..orang lelaki ni tau nak kahwin lebih dari satu tu  sebab nak ikut sunnah nabi..and satu lagi nak kahwin lebih dari satu sebab nak bagi isteri pertama tu payung emas..saya tau tu memang betul tapi sebab orang lelaki yang nak kahwin dua tu tak betul..niat korang tak betul..korang ni kahwin dua sebab teringin nak kahwin dua..korang rasa kahwin dua ni best..sebab korang ni ikut trend kawan2 lain kahwin dua, korang pun nak kahwin dua jugak..betul tak?

hello si isteri tak perlukan payung emas asalkan korang dapat jaga si isteri tu dengan baik..sediakan makan minum..tempat tinggal..ilmu rumahtangga yang sempurna..anak2 yang solehah..dan juga kebaikan2 yang lain..asalkan bahagia dan terima seadanya..tu dah cukup...

saya ada cerita mengenai lelaki yang nak kahwin dua ni..lelaki ni dah kahwin..kahwin atas rasa cinta satu sama lain..kira dua2 ni memang nak kahwin la..susah senang bersama..kalau ada masalah sama2 selesaikan..tetapi si isteri ni chubby2 sikit..comel gitu..selepas berkahwin, mereka di kurniakan seorang anak yang sangat comel..si isteri menjalankan tanggungjawab sebagai ibu..dan si suami ni makin bertambahlah tanggungjawab yang dilaksanakan..oleh kerana beberapa masalah mendatang, si suami ini memukul isterinya..dalam bergaduh tu si suami cakap, saya nak kahwin lagi satu la..awak ni dah lah gemuk..buat malu saya je nak tayang2 awak depan kawan saya..lebih baik saya kahwin dengan perempuan yang lagi cantik dari awak...

persoalan saya, kenapa nak kahwin dengan perempuan tu kalau tau yang dia malu nak tayang2 isteri dia depan orang lain?

kan sedih gila bila suami kita cakap cmtu kan?

si suami tu tak sedar ke dia telah menghancurkan perasaan isteri dia dengan mengatakan dia nak kahwin lagi satu?

si suami tu tak perasan ke yang isteri dia sangat mengharapkan suami dia untuk melindungi dia?

si suami ni taknak menghargai cinta isteri dia ke?

si suami tu tak fikir pasal anak dia ke?

si suami tu tak fikir pasal masalah2 lain yang akan datang tu ke?

isk macam2 laaaaaaa........




saya ni macam melepaskan geram tau! geram yang teramat sangat..saya bukan nak ajar apa2..cuma untuk memberitahu pasal keremukan hati seorang isteri or awek kepada lelaki yang berniat or dah kahwin dua ni....saya kat sini cuma nak memberitahu betapa remuknya perasaan seorang isteri tu...hati perempuan ni mana la kuat..lelaki sepatutnya menjadi selimut kepada isteri, membelai dan memanjakan isteri..

another story yang saya tau...si suami ni telah berkahwin lagi satu tapi isteri pertama dibodoh2 kan sampai kesudah tak tahu yang suami dia dah kahwin lagi satu (or memang dah tahu tapi buat2 tak tahu sebab dah frust gila and maybe taknak panjang2 kan cerita kot)..dah la dah ada isteri lagi satu and isteri pertama tak tahu dan boleh pulak nak menggatal dengan janda anak berderet2?? Ya Allah!!!

isk dia ni dah kenapa?? kenapa nak buat macam tu? dia tak rasa susah ke bohong sana sini dan meremuk musnah kan hati isteri dia????

aduhaiiiii.....


saya mintak maaf kalau ada salah fakta or kata2 saya kat sini..saya cuma nak orang lelaki faham, jangan kahwin dua kalau tau isteri mereka tak kuat untuk menghadapi semua masalah ni..jangan kahwin dua kalau tau ini akan melukakan perasaan isteri dia..yang rasa dunia macam nak runtuh ni isteri, bukan suami..korang sanggup ke tengok isteri korang ni terbaring tak bermaya di atas tilam yang dah nak leper sebab tak berdaya nak bangun dari baringan tu? korang sanggup ke tengok air mata isteri tu naik kering dan tak berdaya nak merayu2 lagi dengan korang??

fikir2 kan la.....

ok la saya minta maaf banyak atas penulisan saya ini...



as-salam~~







p/s feel glad kalau ada yang nak bantah or bagi pandangan kt sini..ni ape yg saya rasa tapi masih tak dapat nak kuatkan ayat betapa sedihnya hati perempuan tu...tak berapa pandai nak terlalu dramatik..harap ada yang bagi jawapan terbaik..=)

17 comments:

Beeha B. said...

sakitnya bila di tipu...bila cinta d duakan..

sakitnya bila tdak dicintai lagi..

:'(

Nurul Eiman Hikmah said...

sangat sakit...kita org perempuan je yg tau kan...isk isk..=(

[sutera kasih] said...

sy suka tgk cite annissa tu..geram jgk tgk laki dia tu kawen dua senyap2..tp bila dfikirkan dr aspek nk dpt anak, wajar dia kawen lg nk dptkan zuriat, tp cara dorg tu tak wajar sbb sembunyikan perkahwinan huhu

umiee said...

saya suka dengan entry yang ini.saya merupakan mangsa bg suami yg begini.saya isteri pertama 5 tahun saya terima semuanya sebab redha dgn ketentuan ilahi namun lama2 saya bosan bila isteri kedua dilebihkan dari saya dan sekarang saya tinggalkan dia biarpun tidak diceraikan.....

nur aishah bte abd hadi said...

thu xpe
nak nak yg kawin 4 pastu mcm bangga pulak WTF
hehehe
geram jewk an

Nurul Eiman Hikmah said...

sutera kasih = cite tu mmg best sb nak tau apa suami diorang akan wat untuk cover..tp dgn cara kahwin 2 pastu dgn best fren sendiri tu mmg sgt2 tak patut...sian!

Nurul Eiman Hikmah said...

umiee = sabar eh..sian akak di gantung tak bertali...semoga agak kuat...saya tau perasaan akak msti hancur kan...tabahkan hati dan kuat semangat ok....=)

Nurul Eiman Hikmah said...

aishah = tau takpe..isk kalau betul2 jadi in future la kan.mmg nk kena belasah tau suami nye tu...isk geram!

kita dh tgk gmbr prewedding korang...sweeeeeeeeeeeeeet sgt! hehehe

shizakiena said...

http://www.youtube.com/watch?v=b8GMEPDYL2E

Nurul Eiman Hikmah said...

shizakiena = thanks bg link youtube tu..nti sy tengok..mengenai post sy tu, sy tak buat ape3 penentangan dalam islam..saya tau poligami tu halal dan sunnah rasulullah..semua org cakap tak salah kahwin dua tapi cara nak kahwin dua tu salah..kt situ awak ada bgtau yg untuk mengelak maksiat kalau isteri berpantang kan..awak tau tak isteri tu dah berpenat lelah mengandung 9 bulan n melahirkan anak untuk awak, pastu awak senang2 nak kahwin lagi satu sebab tak TAHAN?? tak tahan untuk tidak melakukan seks selama isteri awak berpantang? awak takleh bersabar ke selama isteri awak berpantang tu, awak pun boleh bermuhasabah..mendekatkan diri dengan Allah..ye la masa tu free kan, isteri takde,anak takde yang boleh kacau awk tidow..dengan masa terluang tu awak boleh beribadat..awak sanggup lukakan hati isteri awak ke? awak sanggup buat isteri awak bersedih hati dengan tindakan awak? FIKIR2 KAN LAH!!

nur aishah bte abd hadi said...

hee
thanks
betul eiman : kan dalam hadis ckp kahwin lah dua tiga atau empat asalkan boleh adil..tp kalo rasa xmampu nk adil cukuplah satu..btol x??hee..alangkah isteri nabi rasa cemburu lagikan kita..kalo kawin dgn ibu tunggal anak ramai sbb nk mbantu n llk tu mmg kaya xpe..ny kalo xberkemampuan pastu nk kawin lebih pulak mcamana an..lgpun tgok llk kt msia ny kawin dua cari yg muda anak dara yg bukannya susah..apalah.. :)

shah said...

poligami dibenarkan, ada yg berpendapat diharuskan bukan digalakkan.

ada yg berpandangan ianya sunnah.

apa yg penting? "kerjaaaasamaaa"

kihkih

adilah husna said...

Betul...!!! Sakit hati dengar..

Hamba Allah said...

Tepat sekali!!!

Anonymous said...

saya antara isteri yang malang tu... saya baca sambil mengalir air mata... si perempuan yang dikatakan isteri ke2 suami saya tu siap mesej pada saya ayat2 penghinaan lagi. kata saya ego sombong tak pandai jaga suami sampai suami berpaling kepadanya. lepas tu dia mengadu kepada suami saya menyebabkan saya dipersalahkan lagi oleh suami..... sedih sangat....

mr boroboro said...

kesian akak. sabarlah akak. kite dipihak perempuan tak mampu nk wat ape2,nk mintak cerai dan menanggung title janda bukan perkara mudah. sabarlah akak, berdoa byk2 pada Allah.

Anonymous said...

Tapi lebih sedih lagi bila si suami kata dia tidak sanggup nak tanggung 2 isteri dan si suami sanggup ceraikan isterinya semata2 untuk khawin dgn Janda anak 1 yang lebih bergaya dari isterinya yg selama ini pernah hidup susah bersamanya.