Wednesday, June 29, 2011

133 Tanpamu

Wednesday, June 29, 2011

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku kan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Kernamu ku ada di sini
Tetap bersamaku
Selalu disampingku
Untuk selamanya
Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

 by Sabhi Saddi dan Helena






indahnyaaa...........

Monday, June 27, 2011

132 Kenapa Facebook Warna Biru ehhh?

Monday, June 27, 2011
Assalamualaikum dan selamat pagi semua!


mood anda hari ini camner?


ok?


ko?


saya ok..ceria saje..hehehe..pagi2 buta dah bangun..


ye la kalau hari isnin mood orang ni jadi lain mcam sikit...


whatever lah...janji korang bahagia...


Sebelum saya buka blog ni saya log in facebook dulu. Tengok ape2 update. Kot2 ada la. Saya bukan orang yang glemer  yang mempunyai notification berpuluh2. Haha!


Kadang2 korang terfikir tak nape facebook tu color biru? Macam kt gambar bawah ni.



ni si empunya facebook Mark (malas nak eja nama belakang sebab susah nk eja. Haha)


sebab nyeeee si Mark tu buta warna! Boleh gitu. Maybe dari lahir dah buta warna kan. Dia buta warna merah dan hijau dan warna terbaik yang dia nampak adalah BIRU. Sebagai pengasas Facebook, warna yang menjadi pujaan hati adalah BIRU. Hehe.


Terpaksa la kita terima warna facebook tu biru walaupun kita tak menyukainya. Haha. 






p/s kalau Facebook warna merah mesti lagi memikat hati. Apakan daya. =p

Friday, June 24, 2011

131 MariMar auuuuuwwwww!

Friday, June 24, 2011
Assalamualaikum semua...


Selamat malam semua..


Saya tengah gila nak layan MariMar..


Sanggup nak layan MariMar kt tonton dari episode 1 sampai 64. Haha.


Dulu masa ni tengah bersiaran, tak rajin pulak nak tengok. Sekarang tau best baru gatal nak tengok.


Saya siap google nak tau siapa pelakonnya. Haha.



Marian Rivera as MariMar


Dingdong Dantes as Sergio Santibanez

Katrina Halili as Angelica Aldama




lepas google diorang ni, masing2 seksi mak aihhhh..haha. Takpe la kan, diorang nk seksi2..hehe


moh la kita layan MariMar jom!








tata!






p/s walaupun takde subtitles kt tonton, akan ku fahami jua..Haha

Thursday, June 23, 2011

130 Apam oh Apam

Thursday, June 23, 2011



Saya puasa hari ini. Tekak teringin pulak nak makan ni. Jap lagi sms ayah suruh beli kt pasar lambak la..hehe.. Untung betul jadi anak manja ni. Order kat ayah mesti dapat. Tu pun kalau dia jumpa la. Hehe.

Kepada yang puasa hari ini, Selamat Berbuka Puasa.Tinggal 1 jam 16 minit je lagi bagi kawasan Pontian ni. Hehe..


as-salam~~~



p/s pagi2 gaduh petang sudah rindu rinduan...=p

Wednesday, June 22, 2011

129 Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Wednesday, June 22, 2011

nama saya NORA...hehehe
teringat masa study kt Sarawak dulu...rugi kalau tak pergi mana2 jalan2 kan..jadi one day tu saya cakap kt lecturer saya, jom la kita wat trip pergi tengok orang utan n saya buat proposal dan lulus...seronok gila dapat pergi tengok orang utan...hehehe....

dalam bus odw to Semenggok


budak2 yg excited nk tgk orang utan..hahaha

ni dah terlebih excited!


bergambar kt tugu jap...hehehe



Nora duduk sopan2 sikit...malu! hahaha
a

take a pic with Nora...

sebelum balik tu berhujan pulak...basah kuyup!

with our lecturer

nak balik uitm dah.....tata!



orang utan ni ada kt semenanjung borneo je tau..sape2 yang nk tengok orang utan, pergi la Sarawak....Maju la Sarawak untuk negara! hehehe





p/s saya dengar Nora tu dah mati sebab dia dah tua sangat...sian Nora....



128 Kenapa lelaki mesti berangan or nak kahwin dua?

Assalamualaikum semua....

sihat hari ini? saya alhamdulillah sihat juga..

hari ini duduk terperap kt rumah je..ke depan ke belakang saje la..hehe..

hari ini saya nak bukak cerita pasal LELAKI KAHWIN DUA..

siapa tengok cerita Anissa kt TV3 kul 10.30 malam td..saya tengok..hehe..alaa kisah pasal husband dia kahwin dengan kawan baik sendiri dan kawan dia tak tahu pun yang kawan baik dia tu dah kahwin dengan husband dia..sian kan kt isteri yang first tu..

saya amat2 tertarik dengan kisah lelaki kahwin dua ni..tak kira lah berangan nak kahwin dua ke..ada hati nak kahwin dua ke..memang niat nak kahwin dua ke..kahwin dua sebab terpaksa ke..kahwin dua sebab nak penuhi nafsu ke..kahwin dua sebab jodoh ke..semua la yang lebih kurang kaitan nya..

kepada orang lelaki seluruh alam ini..korang kahwin dua ni kenapa eh? kenapa mesti kahwin dua..saya sangat musykil la..best sangat ke? korang tak fikir kesan selepas itu apa akan jadi? korang tak kesian kat isteri yang pertama ke? banyak sangat persoalan saya..saya nak tahu sangat apa jawapan terbaik lelaki tu..

saya pernah mendapat soalan dari mr.shizakiena saya, saya tau dia hanya nak menduga saya. dia tanya 'camner kalau abang kahwin dua?'..saya yang dengar soalan tu terus berderau darah..macam luluh jantung saya..rasa macam kecik hati sangat..rasa macam down sangat..rasa macam nak mengamuk time tu jugak..rasa nak meletup jugak..isk tak tau la rasa macam2..semua ada..tu untuk saya yang tak kahwin lagi..dan itu hanya soalan untuk menguji saya saja..tapi fuhhhh kesannya macam ada bom atom dalam kepala..haha..isk rasa worst sangat! dan jawapan saya 'kalau memang ada niat nak kahwin dua, sila jangan kahwin dengan sayang, jangan berani2 nak kahwin dua belakang sayang, sayang akan hilang dari pandangan abang' dan abang takkan hidup tenang kt dunia ni'..jawapan slow tapi penuh makna...haha

tapi bagaimana kalau perkara itu terjadi kt pasangan yang dah kahwin? si suami ni tak fikir pasal isteri ke? korang tak tau ke betapa remuknya perasaan seorang isteri itu kalau tau suami kahwin dua..korang tak fikir ke dalam hati seorang isteri tu betapa terlukanya..korang tau tak?

tak semua perempuan mempunyai kekuatan untuk menghadapi semua tentangan ini..mungkin ada yang nangis tapi tak keluar air mata..tu namanya kesedihan yang amat sangat..korang semua tau bukan?

saya tau poligami tu adalah dibolehkan dalam islam..tapi tak semua suami tau pasal ilmu poligami..orang lelaki ni tau nak kahwin lebih dari satu tu  sebab nak ikut sunnah nabi..and satu lagi nak kahwin lebih dari satu sebab nak bagi isteri pertama tu payung emas..saya tau tu memang betul tapi sebab orang lelaki yang nak kahwin dua tu tak betul..niat korang tak betul..korang ni kahwin dua sebab teringin nak kahwin dua..korang rasa kahwin dua ni best..sebab korang ni ikut trend kawan2 lain kahwin dua, korang pun nak kahwin dua jugak..betul tak?

hello si isteri tak perlukan payung emas asalkan korang dapat jaga si isteri tu dengan baik..sediakan makan minum..tempat tinggal..ilmu rumahtangga yang sempurna..anak2 yang solehah..dan juga kebaikan2 yang lain..asalkan bahagia dan terima seadanya..tu dah cukup...

saya ada cerita mengenai lelaki yang nak kahwin dua ni..lelaki ni dah kahwin..kahwin atas rasa cinta satu sama lain..kira dua2 ni memang nak kahwin la..susah senang bersama..kalau ada masalah sama2 selesaikan..tetapi si isteri ni chubby2 sikit..comel gitu..selepas berkahwin, mereka di kurniakan seorang anak yang sangat comel..si isteri menjalankan tanggungjawab sebagai ibu..dan si suami ni makin bertambahlah tanggungjawab yang dilaksanakan..oleh kerana beberapa masalah mendatang, si suami ini memukul isterinya..dalam bergaduh tu si suami cakap, saya nak kahwin lagi satu la..awak ni dah lah gemuk..buat malu saya je nak tayang2 awak depan kawan saya..lebih baik saya kahwin dengan perempuan yang lagi cantik dari awak...

persoalan saya, kenapa nak kahwin dengan perempuan tu kalau tau yang dia malu nak tayang2 isteri dia depan orang lain?

kan sedih gila bila suami kita cakap cmtu kan?

si suami tu tak sedar ke dia telah menghancurkan perasaan isteri dia dengan mengatakan dia nak kahwin lagi satu?

si suami tu tak perasan ke yang isteri dia sangat mengharapkan suami dia untuk melindungi dia?

si suami ni taknak menghargai cinta isteri dia ke?

si suami tu tak fikir pasal anak dia ke?

si suami tu tak fikir pasal masalah2 lain yang akan datang tu ke?

isk macam2 laaaaaaa........




saya ni macam melepaskan geram tau! geram yang teramat sangat..saya bukan nak ajar apa2..cuma untuk memberitahu pasal keremukan hati seorang isteri or awek kepada lelaki yang berniat or dah kahwin dua ni....saya kat sini cuma nak memberitahu betapa remuknya perasaan seorang isteri tu...hati perempuan ni mana la kuat..lelaki sepatutnya menjadi selimut kepada isteri, membelai dan memanjakan isteri..

another story yang saya tau...si suami ni telah berkahwin lagi satu tapi isteri pertama dibodoh2 kan sampai kesudah tak tahu yang suami dia dah kahwin lagi satu (or memang dah tahu tapi buat2 tak tahu sebab dah frust gila and maybe taknak panjang2 kan cerita kot)..dah la dah ada isteri lagi satu and isteri pertama tak tahu dan boleh pulak nak menggatal dengan janda anak berderet2?? Ya Allah!!!

isk dia ni dah kenapa?? kenapa nak buat macam tu? dia tak rasa susah ke bohong sana sini dan meremuk musnah kan hati isteri dia????

aduhaiiiii.....


saya mintak maaf kalau ada salah fakta or kata2 saya kat sini..saya cuma nak orang lelaki faham, jangan kahwin dua kalau tau isteri mereka tak kuat untuk menghadapi semua masalah ni..jangan kahwin dua kalau tau ini akan melukakan perasaan isteri dia..yang rasa dunia macam nak runtuh ni isteri, bukan suami..korang sanggup ke tengok isteri korang ni terbaring tak bermaya di atas tilam yang dah nak leper sebab tak berdaya nak bangun dari baringan tu? korang sanggup ke tengok air mata isteri tu naik kering dan tak berdaya nak merayu2 lagi dengan korang??

fikir2 kan la.....

ok la saya minta maaf banyak atas penulisan saya ini...



as-salam~~







p/s feel glad kalau ada yang nak bantah or bagi pandangan kt sini..ni ape yg saya rasa tapi masih tak dapat nak kuatkan ayat betapa sedihnya hati perempuan tu...tak berapa pandai nak terlalu dramatik..harap ada yang bagi jawapan terbaik..=)

Monday, June 20, 2011

127 Mari kita berlibur di Indonesia pulak!

Monday, June 20, 2011

Assalamualaikum blogger2 sekalian.....

korang dah makan belum?saya sudah..makan nasi lauk ayam masak merah and sayur kentang..nyum nyum..dah kenyang tadi but now cam lapar balik! hahahaha...teruk betul..mana boleh makan banyak nanti gemuks! =p

ehh ke mana saya menghilang 2 hari lepas? jeng jeng jeng....eleh bajet ada yang mencari konon....haha

alaaa takde la pergi jauh mana pun, saya pergi Indonesia jek pun...pergi Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia..oversea gitewwww..haha..'eleh setakat pergi belakang rumah kena cop pasport antarabangsa jugak ke?' saya jawab 'mesti la, ni nak pergi Indonesia la'..pastu dia duk ketawa kan saya..ceh!

kalau korang nak tau yang Tg.Balai tu dekat sangat dengan rumah saya..naik ferry satu jam sampai..dekat sangat..cuma kenalah ada pasport antarabangsa tu, kalau tak takleh masuk lah..kang jadi pendatang haremmm pulak..kuikuikui...

pergi pun dua hari jek..tidow kat sana 1 malam..saya ikut parents saya yang nak membeli barang kt sana..kira saya ni menyibuk je la..ahaks!

saya dah beberapa kali pergi sana..ni saja jelah ikut dan memang mak ayah saya mengajak..saya ni pantang di ajak..haha! kalau dah kaki jalan, ajak pergi mana2 pun ok jek walaupun kat sana tu biasa2 jek...hahaha!

takmau cerita banyak la..meh tengok gambar2 saya masa kt sana ok!

masa bertolak hari sabtu

setelah satu jam, sampai jugak port tg.balai karimun

sampai2 lapar terus makan nasi padang...sedappppppppp

see...cara diorang susun makanan tu xde kt malaysia kan?

hotel yg ktrg stay..antara hotel yg best kt sini

permandangan dari hotel...nampak ferry kuar masuk tau

jalan2 n shopping pastu singgah minum petang kat LAWET CAFE

mocha ice blended..sedapppppppppppppp

malam pulak dinner kt sini...lawa gilerrrrrr restoran ni tau.....

nama nasi ini adalah NASI TIMBAL KOMPLIT...bukan ayam penyet yerr kawan2....dan rasanya sedapppppppppppppppppp

see again...nasi tu digulung cmtu...tak pernah tengok kan...heheeh

with my mom depan restoran tu

nama restoran ni PONDOK ALI EMAS

soknye ahad breakfast kt hotel...nasi goreng...pakai tudung sama and baju sama...haha..malas ehh nk tukar banyak2...=p
with my lovely mom

dalam hotel...hehehe

jalan2 pagi tu saya snap gambar hotel ni..hotel ni saya stay mse dtg sini dulu2..hee

ni ppejabat pak polisi yaa...huhu

ni pulak masjid baitul karim

time to go home...nak balik dah..hehe

peace yawww!! nice trip again....lepas tangkpa gambar ni saya tidow sampai jeti malaysia....hahaha



nice holiday again with my parents...hehe..tiap2 minggu jalan je..nasib la penganggur setia ni kan..rezeki berjalan kita pergi je la..ni baru tg.balai..tempay shopping yang best sekali ialah Batam tapi jauh sikit la..tu memang la syurga shopping..teringin jugak nak pergi sana lagi..dulu pernah pergi tapi lama dah..kang tunggu kerja ada duit boleh jalan2 sana pulak..hehe..


ada sapa2 minat nak jalan2 sini..boleh email kt saya..semua bisa diuruskan..hehe..tibe2 nak jadi agensi perlancongan pulak..ahaks!

ok la sampai sini la dulu..

thanks for reading!


as-salam~~~






Friday, June 17, 2011

126 tahniah anda berjaya!

Friday, June 17, 2011
Assalamualaikum semua!

hari ini mood ceria..semua yang harapkan dah pun berlaku..semua yang saya takutkan semalam sudah berakhir..and now saya officially grade from UiTM..yeay!

result kuar kul 9 pagi tapi saya bangun tidow kul 9 lebih, terus check result n saya sangat gembira! hikhikhik..result saya sangat ok..saya bangga dengan diri saya..hehe..

terima kasih mak kerana memberi penuh sokongan..terima kasih ayah kerana telah bersusah payah..kepada kakak2 saya yang banyak memberi tunjuk ajar..kepada abang2 saya yang telah memberi suatu pengorbanan yang besar untuk saya. (saya pinjam kereta abang2 saya masa saya study kt uitm dulu)..hehe..kalau takde abang2 saya yang sangat baik hati tu, cmner la saya nak ulang alik pergi kelas kan..hehe..

kepada kawan2 saya dari kampus Sarawak..terima kasih kepada Jesz, Najila, Iffah, Weeda, Lako, Nabila, Ag, Baya, Saleha, Kak Bai,Syu,Yazid, Faizi, Clement and Josh yang menjadi kawan yang sangat hebat..tahniah korang..kita sama grade and jumpa masa konvo nanti..

kepada kawan2 dari kampus lain iaitu Kampus Jengka, Kampus Sabah, Kampus Arau dan geng2 dari matriks...terima kasih jugak and korang sangat2 best!

tak lupa juga kawan2 yang sama supervisor saya iaitu Imran, Azam, Farhan, Paul, Fakhri, and Falex..terima kasih kerana membantu aku menyiapkan thesis..sebab dalam geng ni saya seorang sahaja perempuan kan..ala ala blur gituwww...haha..tak lupa juga kt Whendy, Ayunni, dan Zaidi kerana telah sama2 menjadi survivor bertolak ke Cameron Highland pukul 4 pagi dan sampai sana kul 8 pagi..kita memang hebat dan berjaya menangkap Diamondback moth dengan jayanya walaupun kita semua kesejukan dan mengantuk! haha...

kepada lecturer2 saya...terima kasih kerana telah memberi tunjuk ajar dan dorongan..kepada supervisor saya, Dr.Fauziah Ismail you are the great supervisor, sporting dan baik hati..hehehe..


ok dah dengan ayat skema itu...hehehe....malu saya!


tadi petang masa nak sediakan minum petang, mak saya borak2 dengan saya..mak saya cakap

'Mak tak sangka anak bongsu mak ni dah habis belajar la, mak bersyukur sangat..umur dah 23 tapi manja lagi..siap panggil adik..semua orang panggil adik..nanti nak kerja camner la..pastu nak kawen pulak'

saya yang dengar pun kelakar jugak...cam tak percaya kt diri sendiri pun ada jugak...hehe..ye la umur 23 tahun tapi manja kalah budak kecik!

ayah dengan mak dah sibuk nak pakai baju apa time konvo saya tu...nak tau tak yang ayah saya sudah siap hokeyyyyy baju dia untuk masuk dewan konvo saya itewww....over tau..ape lagi saya pun semangat la kan nak ada baju cepat2 jugak..kitorang sepakat nak pakai baju sama color tapi color apa saya tak mahu bagitau..tunggu bulan 10 konvo saya nanti yerrr..hehe..

dah boleh start design camner baju tu...wah wah wah...semangat giler!

cuma sekarang kena cari kerja..sebelum ni dah start cari jugak tapi takde rezeki lagi..takpe,kita tingkatkan usaha dan usaha..kalau ada rezeki mesti dapat..amin!

alhamdulillah sebab saya dapat mengharungi semua ini dengan jayanya..start dari masuk darjah 1 sampai darjah 6..pastu masuk tingkatan 1 sampai tingkatan 5..then masuk diploma perladangan kt UiTM Sarawak, yang mana 1st time berjauhan dengan family..berjauhan yang sangat jauh ok..haha..pastu masuk degree perladangan kt UiTM shah alam pulak..alhamdulillah..
gembira yang sangat gembira! hari ini senyum lebar sepanjang hari..hehe..

saya bagitahu semua ini cuma untuk memberitahu kegembiraan saya setelah habis belajar..bukan untuk bermegah jauh sekali riak..rasa kesyukuran yang sangat mendalam dalam diri ini..saya sangat berterima kasih kepada semua orang yang terlibat..sangat2 berterima kasih!


alhamdulillah......
hahaha over tau lompat2 cmni...tak sabar untuk konvo degree bulan 10 ni pulak...hehehe



as-salam~~~



125 dub dab dub dab nak tunggu hari esok!

Assalamualaikum semua...haiii tak tidow lagi ke?

saya macam nak tidow macam taknak tidow....
mata takleh pejam pulak padahal dah tergolek kt tilam ni haaaa.....

nervous! takut! rasa nak pitam! jantung nak gugur! nak tercabut kepala! semua ada!

ehhhh over pulak!

hehe...

esok result student degree uitm akan keluar...apakah akan jadi?

lulus semua paper tak?

ada repeat ke?

ada kantoi ke?

dekan ke? (amin!)

aduhhhhh macam mana ni?

takut seh!

doa dan tawakal....

saya dah buat yang terbaik masa exam....

korang semua doakan saya dapat result yang memuaskan hati eh....

insyaAllah....

pejamkan mata jugak la...

kena tidow jugak lah...

oh yeee...uitm ada ada sistem yang diorang akan hantar by email result tu malam ni....selama 5 tahun saya jadi student uitm ni saya boleh terlupa nak update email yang saya dok pakai time sekolah lagi????!!!! 

patut la tak pernah terima email pasal update akademik saya...aduhaaiiiii....

baru perasan malam ni...saya nak tukar ke email baru tapikan jadi tak betul pulak kang sistem profile saya kt uitm tu....tak pasal2 kan....dari ada result terus takde result....

mati!!!!

harap ni adalah result terakhir saya sebagai student degree ni...amin ya rabbal alamin......

peluk my geboo sampai sok, bangun2 tidow terus check result ok....

dub dab dub dab dub dab.......



as-salam~~







Tuesday, June 14, 2011

124 Holiday kt Port Dickson pulak!

Tuesday, June 14, 2011
Assalamualaikum semua blogger2....apa korang buat tu?tunggu jap lagi nk kuar office eh...hehehe...

saya hari ini nak story mory pasal saya punya holiday kt Port Dickson hari tu...kerjanya holiday saje lah! hahaha...rezeki orang ajak kita pergi holiday, kita pergi je lah kan...=)

ni mula saya dari Pontian ke KL dulu sebab nak pergi ambil along saya kt Uniten Bangi sebab dia berkursus kat sana selama sebulan..kira masa ambil dia tu hari last dia berkursus la...anak2 dia bukan main happy la kan sebab mama diorang berjanji nak pergi bercuti kt Port Dickson....saya yang tukang jaga budak2 tu pun ikutlah sekali....

rugi la kan masa dah sampai Uniten tu kalau tak pergi merasa sate kajang Hj Samuri tu kan...saya pulak memang kaki sate....rezeki lagi...hehe....makan puas2 baru bertolak ke Port Dickson...

along saya memilih hotel Seri Malaysia...saya ok je...hehehe....budak2 tu la yang suka sangat sebab diorang nak mandi kolam...malam tu sampai pun dah sibuk2 nak mandi kolam....mana boleh dik non...tunggu siang la ok....

saya show gambar je lah eh...=)

cik pah yang kepoh!

besor gila restoran nih!

of coz la kena bergambar kt restorannye kan..hehe

nasi impit n kuah kacang yang marvelous!


peace yang tak peace...hehee

sedap giler!

sate ayam n sate daging!

ain n alia

kolam yang cik pah panggil bolam! hehe

ucu terpaksa masuk kolam sebab budak 2 orang ni nk terlemas..tp lepas tu diorang terer dah berenang...ceh!



makan nasi arab bawak pokok kelapa sawit kt melaka


ni lah kedai nya....dekat2 dengan masjid tanah tu...korang tau tak?

anggap saje la mcm pokok kurma...baru rasa kt arab! hahaha


gambar cun tp blur tp nk upload jugak! hehe

ikan naga..nmpk tak?

ni jelas sikit...ada 3 ekor...bapak besar siotttt....

nasi arab yang ktrg order...daging kambing tuuuu...huuuuuuuuuuu....

ok selesai semua....memang mulut naga semua...hahaha




lepas makan kt sini, kitorang semua pecut balik johor cepat2...takde singgah mana2 dah...mata pun mengantuk jek lepas makan...masuk highway terus sampai rumah...

ok tu saje!

thanks for reading!

tata..

as-salam~~