Wednesday, February 10, 2016

417 Isteri Vs Tunang : Best Drama ni

Wednesday, February 10, 2016
Hi,



Rindu serindu serindunya. Tapi rindu sape tu. Kikiki. Ada la tu, bp hari tak jumpa. Aishhh.Sabar je la. Nasib baik ada peneman cik abg Boro. Tidow dengan dia je la tiap2 malam pun. Heheheh. Tidow kt kepla, pastu dia yang kesejukan sebab dia tak berselimut. Bila pagi2 usap badan dia, sejuk je. Hehehe.



Sekarang ni layan drama Isteri VS Tunang. Alaaa drama Scha Al Yahya dengan Hisyam Hamid tu. Alolololo sweet la pulak diorang ni. Walaupun masing2 dah kahwin pastu dah anak sendiri tapi diorang ni sweet la pulak dalam drama ni. Aku terkekek2 ketawa tengok drama ni malam tadi. Kikikiki. Scene yang paling kelakar, masa kt bilik hotel masa kt Amsterdam katanya. Zaim suh Lana panggil dia abang. Aku tergelak2 weh. Cuwittttttt. Terus post 1 gambar kt Instagram aku. Habis drama terus tidow dalam senyuman. Gittewwww.



Malam ni nak tengok lagi. Dah rekod dah tapi nak tengok on time jugak. Tak sabar nak tengok scene malam ni apa cer kan. Si Mira minta nak jadi isteri no 2. Whattttt?? Tungguuuuuuuu.









Handsome nye la hai Zaim Azfar dan comel nye Alana Sofea. Hehehehe




ok bye!
eimanhikmah

Tuesday, February 9, 2016

416 Ignore Je Kawan-kawan Negatif

Tuesday, February 9, 2016
Hi,



Selamat pagi. Taip pagi2 tapi selalunye boleh post petang sebab banyak keje. Hihihihi. Aku setiap pagi rasa nak positif je. Of course, semua orang pun rasa macam tu. Sape yang nak bad day kannnnn. Tapi bila pagi2 nak rasa positif, ada je yang membuatkan hari kita bad. Contohnye, aura negative dari kawan2. Sebab kita hari2 jumpa kawan. Tapi kawan2 aku yang jumpa hari2 semua baik2. Sayang korang. Hehehe.




Hari tu ada gossip Neelofar remove ramai peminat dan rakan artis dengan alasan dia cakap, orang2 ni menunjuk2 dan bermegah2. Dia tak suka. Dia cakap, orang2 macam ni memberikan aura negative dalam hidup dia. Dia takpela nak remove orang ke apa ke, sebab dia peminat berjuta dan kawan ramai. Kalau aku remove orang dalam Intagram pastu aku nak kawan dengan sapa. Hahaha. Kawan aku tak berapa ramai. Itu2 je orang nye pun. Tapi diorang semua orang baik.




Jadi kalau ada kawan yang beri aura negative ni, aku lebih kepada ignore je. Wat tak tau. Biarkan berlalu bagaikan angin. Tak payah nak hurt2 sangat. Gitteww. Hehehe. Kita rasa sakit hati, tapi nak luah malas nak bergaduh or tak bertegur sapa. So, kita kuatkan hati think positif je. Walaupun makan dalam, nak wat camner, esok lusa dia akan ulang perkara sama jugak sebab memang dah perangai kan. Biarkan je. Senyum tak perlu kata apa2. =)




Kita tak tau apa yang orang lain bercerita pasal kita pulak. Mungkin diorang sakit hati dengan kita jugak. Kot2 bergurau kasar ke, cakap terlepas ke. Mana la tau. Kita dah cuba sebaik mungkin kan. Tak dapat nak puaskan semua orang. Just be yourself. Ada kat FB quotes, 'sejak aku mengamalkan sikap pergi mampus, peratus kebahagiaan aku meningkat 200%'. Love this quotes. Kikikikiki




Kadang2 aku rasa bersalah juga, termengumpat kawan. Tapi lepas tu, aku rasa kenapa la aku mengumpat dia. Hahaha. Ntah2 diorang pun mengumpat aku kt belakang. Aku tak suka orang cakap2 belakang pasal aku. Kalau aku tak suka, orang lain pun mesti tak suka. Hahahaha. So kita jangan mengumpat orang. Kikikikiki.










Yeay entry siap awal, boleh post sekarang. Hehehe



ok bye!
eimanhikmah

Monday, February 8, 2016

415 Jonny Rockets, Avenue K

Monday, February 8, 2016
Hi,



Selamat Tahun Baru Cina semua orang. Yahoooo. Aku kerjaaaaaa. Hahahaha. Pelikkan, orang lain sibuk cuti, aku sibuk kerja. Ngeh ngeh ngeh. Nasib badan, kerja je la. Best wooo kerja time public holiday, jalan lengang giler pastu parking kt office murah. Hehehe. Semalam sepatutnya off tapi aku ngada2 nak wat over time. Wat la dengan geng2 selama 4 jam. Sebab double ot kan. Moh la kita claim banyak2. Hehehe.



Lepas habis2 ot semalam, member ajak makan. Cadangan makan kat Johnny Rockets, Avenue K. Aku cakap, boleh la makan kt situ. Harga boleh tahan mahal huhuhu. Tapi burger dia biasa2 je. Tapi nak try kan. Layankan je. Lagi sedap Big Burger Man kt IG tu. Huhuhu. Sesampai je, diorang tengah joget2. Kawan aku cakap, diorang memang akan joget kalau customer tak ramai atau dah settle serve customer. Best gak layan diorang joget2. Hehehe.

masa baru sampai2. 

 
haaaa dah sampai, penuh meja kooooo

ni antara yang di order. 1986 burger dgn vanilla shake.



pastu member2 aku sambung karok pulakkkkkk. aku layan setengah jam, aku chow balik. berkarok la diorang 2 jam. aku time ni dh kt umah dah. Hahahahaha. Memang bukan kaki karok la, suara tak sedap. Kikikikiki



Malam tadi bunyi mercun doom doom doom damm damm nasib baik aku boleh tidow. Kejap je dah terlelap. Nasib baik cik abg boro teman tidow peluk2. Hehehehe



ok la bye!
eimanhikmah

Friday, February 5, 2016

414 Kesan Internet Kepada Orang Tua

Friday, February 5, 2016
Hi,



Kekangan masa membuatkan tak sempat nak blog. Dah siap setup SOHO (Small Office Home Office) kt rumah cuma internet takde lagi. Hahahahaha. Giler semangat kan. Hahahaha. Perasan je lebih tu, padahal kalau kt rumah tu aku golek2 depan tv je. Kikikikiki. Lama tak menaip, terasa tepu pulak kepala otak ni.


Sekarang ni kan, internet penting giler kt semua orang. Orang muda orang tua semua nak pakai internet. Aku lagi la, memang mati kutu kalau takde internet. Walaupun handphone tak canggih sangat. Hehehe. Ramai orang cakap kesan internet kt budak kecik, tak ramai orang cakap kesan internet kt orang tua. Sebab ajet ajet dah pandai handle internet dan tau kegunaan internet. Tak semestinya ya.



Culture Shock

Ye la dulu2 mana ada internet kan. Bila dah tua baru ada internet. Eh time ni la nak pasang badan. Bila post gambar, mak aih terserlah gunung ganang. Yang lelaki pulak, time ni la nak control hensem. Pastu nak menggatal. Sebab nampak yang comel2 tu, terus DM ‘hai boleh  berkenalan?’. Ehhh ayat tu dah lapuk la zaman sekarang.



Stalker

Haaaa time laaa. Kalau Nampak orang pergi mana. Isk dia la paling sibuk tanya itu ini, paling geram sekali kalau dia mengorder ole2. Hahahaha. Ye la dulu2 kalau orang pergi mana2, bkn dia tau kan. Tau2 orang tu dah balik je. Ada rezeki, dapatlah ole ole. Kalau tak, memang tak lah. Tapi sekarang, orang tak segan dah kalau  nak minta ole2 ni. Hikhikhik



Marah kalau tak balas

Kite orang muda ni, kalau benda tu penting baru reply. Kadang2 tak reply langsung pun. Baca sekali lalu je. Tick kelabu ke tick biru lantak la situ (aku la tu). Tapi kalau orang tua ni, selagi tak reply atau selagi tak tick biru, mesti marah. Hahaha. Kadang2 naik rimas kan. Faham, tapi kengkadang busy tak sempattttttt.



Terikut ikut cara orang muda

Haaa yang ni paling kelakar. Ye la sekarang ni kan macam2. Orang muda pun macam2, kengkonon nak updated sangat. Tapi orang muda ni kalau nak updated ke ikut trend sekarang ni nampak ok je la. Kalau orang tua ni nampak pelik laaa. Pakai shawl belit2 mana hala ntah. Adoi. Buruk bebenor rupanya. Kikiki. Kalau selfie tu dah satu hal. Takyah la jelir2 lidah makcik oi. Tak cantik naw. Hahahaha



Giler internet

Alaaaaa yang ni selalu ni. Amboi dia paling lama ngadap handphone. Aku paling menyampah bab ni. Tak hirau kiri kanan. Gempa bumi pun wat tak heran.



Tu antara yang aku boleh conclude kan sekarang ni. Hahahaha. Jangan kecam aku. Jangan sentap2. Hehehe



Ok bye!

eimanhikmah

Monday, February 1, 2016

413 Bacheloratte Party : Dusun Gerimis Senja Villa

Monday, February 1, 2016
Hi,



Lepas holiday holiday lagi. Hikhikhik. Dah plan lama dah ni. Aku ni tukang join je kawan aku arrange semua. Tapi ada la part2 yang aku arrange sikit2. Mula2 book villa kt Sungai Buloh. Cun dah sebab tak mahal sangat. Sekali owner villa whatapps bagitau tarikh yang kitorang book bakal blackout. Uwaaaaa. Memang kelam kabut la cari villa lain. Kitorang memang cari yang private pool, nak wat berendam2 sebenarnya. Hikhikhikhik. Last sekali dapat Villa Gerimis Senja kat Ulu Langat. Dekat je dari KL ni haaaa. Setengah jam kalau tak jem. Tapi harga mahal sikit la. RM1k untuk satu malam kalau weekdays. Kalau weekend RM1.5k. Nasib baik pergi weekdays. Hikhikhik.




Ni holiday untuk meraikan kawan yang bakal menamatkan zaman bujang. Dia dah tunang awal January 2016, dan kalau ikut plan diorang bakal bernikah akhir bulan April. Kitorang sebagai kawan nak meraikan je. Lagipun tu sebagai salah satu alasan untuk holiday. Lebih teruja nak berendam2 kt private pool je. Sampai keras rambut aku kena klorin banyak sangat. Menangis iolls!




Gerak pun dah tengahari sebab check-in pukul 2pm. Sampai pukul 1.45pm, so kakak yang jaga villa bagi je terus masuk. Terima kasih kak. Masuk2 rumah memang teruja habis la. Sebab first time check in villa cantik camni. Memang berbaloi dengan harga. Hehehehe. Dah petang sampai memang lapar giler, terus makan nasi lemak member masak pastu terus berendam kt kolam sampai petang. Pastu petang tu terus prepare untuk party. Lets party begin!



aku macam biasa jadi driver. nasib baik diorang tak tidow sepanjang odw ke sini. Hikhikhikhik

yeayyy dah sampai. terus aku tuju sini nak selfie. Hehehe
nampak tak villa belakang tu. cantikkkkk tak?
haaaaa ada gaya artis tak? retis sangat. Hikhikhik

villa ni dalam dusun. eh nama pun dusun gerimis senja. 
rajin giler kawan aku siap buat bunga2 tangan 

makan2..sebelum tu dah siap wat BBQ. so masa majlis start, dah siap masak semua tgl makan je.

charlie chaplin


petang tu si bakal pengantin kuar pergi amik seorang lagi member kitorang, so kitorang cepat2 siap kan prob blkg tu.

wefie. yang pakai crown tu la bride-2-be. Cik Miera tomei tomei

Ada banyak lagi gambar. Tapi aku transfer2 tak masuk pulak. Ok la yang ni je. Yang kecewa sikit, set karok kt rumah ni rosak. So takleh karok2, tapi kitorang ok je. So layan lagu Janam & Gerua je la dalam handphone. Hikhikhik. Masa ni dah penat dah memasing. Majlis ni start dalam kul 9pm. Kul 10.30pm semua prop dah siap kemas, rumah pun dah siap sapu. Hikhikhik. Tengok2 jam, eh party ni dalam sejam je pun. Kikikiiki. To Miera, selamat menempuh alam perkahwinan. Semoga bahagia selalu. Love u! muahciked.




ok bye!
eimanhikmah

Sunday, January 31, 2016

412 OSS Outing : Agrotek Garden Resort

Sunday, January 31, 2016
Hi,


Lama tak bersiaran. Hehehe. Busy bebenor la. Bulan January memang paling busy sekali. Sampai holiday aku tak update2 lagi. Gambar pun baru dapat semalam dari member. Hikhikhik. Tapi aku rasa nak update pasal officenye outing dulu la. Sebab tu satu hari je. Kehkehkehh.



Company nak sponsor outing. Lepas beberapa kali tertangguh, so bosses decide nak pergi 29hb Jan. Kitorang ok je selagi tak bertentang dengan date lain yang lebih special. Hikhikhik. Oh yang tu aku nak update kendian2 sikit. Lepas entry ni kot. Janji kena ada kt office kul 7am tapi aku sampai 7.30am. Sebelum sampai office, bertalu2 whatapps masuk tanya kat mana kat mana. Penat nak jawab. Bila sampai2 bus tak terus gerak pun. =..=



Alaaaa pergi Agrotek Garden Resort je pun kat Ulu Langat. Tak sampai sejam dah sampai. Tempat pun beberapa kali decide. Kejap Kingfisher, kejap Dusun Eco, so last sekali decide Agrotek Garden Resort. Tempat memang best la sebab boleh mandi sungai. Hikhikhikhik. Kebanyakan bosses semua ada dan bosses semua sporting habis. Layan je karenah kami anak2 buah ni kan. So lets picture talk hokkey.


sesampai je terus masuk bus. pastu bergambar jap pastu bus gerak terus ZzZZzzz sampai la ke Agrotek Garden Resort tu. Hehehehe



bila diva depan camera gini la jadinye. Hahaha

conteng2 muka. tu kengkonon lencana team. Team GEGE. hahahaha

hahahah cm dah lama tak mandi sungai, tu yang excited sgt tu.. kikikiki
petang tu pulak lepas ada aktiviti mandi sungai tu semua, so masuk dewan. ada wat appreciation cmni, kena sign2 pastu bagi ucapan. pastu ada ucapan2. uwaaaaa sedih sebab bakal berpisah dengan senior2 yang sangat baik. wuwuwuwuwuw


GEGE TEAM

Setiap game kitorang rasa kitorang kalah. sebab rasa cam amik masa lama dari sepatutnya tp bila kira2 markah, kitorang dapat no 2. aku awal2 dah cop pastu kambing comel tu. Hehehehe




Malam balik kul 8lebih. Kul 10lebih sampai rumah. Mandi, solat tidow sampai pagi. Penat woooo.

Ok bye!
eimanhikmah

Sunday, January 17, 2016

411 Drama Sha&Shah : Alahai Comelnya

Sunday, January 17, 2016
Hi,



Hari ni hari ahad tapi iollsss kerjaaaaa ni. Tapi iolls ok je la sebab lepas ni cuti seminggu. Yeay. Nak pergi mana tu?? Hehehe, ada la rahsia. Alaaa dekat2 je. Nak pergi jauh2 belum cukup pitih lagi. Hikhikhikhik. Alamak cam kebosanan pulak kt ofis ni. Jom la kite ushar drama Sha&Shah kat Astro Ria HD. Aku dah la minat Syatilla Melvin sebab dia comel. Pastu dah pakai tudung ala2 Bruneian tu alo alo alo bertambah comey. Aku start minat dia sejak dia berlakon jadi Nurul kt dalam drama pagi2 yang dia berjemur panas2 kt sangkar ikan. Hahahahaha.




Sejak dari iklan2 drama tu, aku rasa drama ni menarik ni. Ye la kan dah minat pelakon, terus rasa suka. Eh. Hahaha. Tapi adalah aku terskip episode awal2 dulu. Sebab kekangan kerja. Wahh gittew. Tapi tak risau sangat, aku dah set reminder awal2 untuk semua episode kt Astro Ria HD tu. Hehehehe. Yungtung la ada PVR.




Synopsis drama ni pasal diorang ni kena paksa kahwin. Diorang ni kawan2 dari kecik so takde perasaan cinta pun sesame diorang. Sha kahwin pun atas rasa simpati kt Shah yang kena paksa kahwin kalau tak dia kena kahwin dengan perempuan yang dia tak kenal. Tapi bila lepas kahwin, Shah rasa cinta kt Sha tapi Sha belum terima sepenuhnya Shah lagi. Tapi Shah sentiasa berusaha untuk menawan hati Sha. Haaaaa cenggitu la. Cuwiitttttt muwittttttt ngat. Hehehehe.


 





Isk mengantuk la pepagi ni.




ok la bye!
eimanhikmah

Friday, January 15, 2016

410 PK : Aamir Khan Bogel ke?

Friday, January 15, 2016
Hi,



Kejap je dah hari jumaat. Dah masuk minggu kedua bulan January pun. Malam tadi mimpi buruk sikit. Boleh pulak aku nak pg holiday tapi tak prepare apa2 sampai sikit lagi pintu flight nak tutup. Terus terbangun tidow pastu rasa penat pastu terus takleh tidow balik. Terkelip2 mata lama2 baru tertidow. Hukhukhuk. Takmo2 camtu. Takutttttttt.




Sekarang ni demam Dilwale belum habis lagi. Member2 aku siap nak repeat lagi. Aku boleh nak repeat tapi takde masa. Tapi katanya Dilwale ni tak meletup pun kt India. Kononnya kontroversi dari SRK sendiri. Aku tak sure dia cakap apa sampai filem Dilwale pun terjejas. So ada filem2 yang mengatasi Dilwale. Yang aku tau, Bhajrangi Bhaijan, Bajirao Mastani dengan PK. Tapi katanya PK pun kena banned kt India sebab filem ni mempersendakan agama. 




Tapi aku dah tengok filem PK ni dan filem ni memang bestttttttt. Bestttttt sangat. Comel ngat heroin filem ni, Anushka Sharma. Dannnnnn dalam filem ni Aamir Khan bogel tau. Hikhikhik. Tapi idok la nampak boboy dia tu. Sebab dia tutup pakai radio cabuk dia tu. Hahahaha. Mengisahkan alien (PK) yang sampai kebumi tapi loket kunci angkasawat dia kena curi. So dia berdoa kepada tuhan supaya jumpakan balik loket tu tapi tak jumpa2 jugak. So dia berdoa kt semua agama supayakan jumpakan balik loket tu. So adalah kisah2 disebalik tu semua. Kira layan gakkk la aku tengok filem ni. Sama best cam tengok 3 Idiot. Kena kuat iman ye. Jangan terus2 percaya.



So korang, boleh la download pastu tengok la filem ni. Ni bukan filem cintan cintun ye. Filem ni pelik sikit dan memeningkan tapi bestttttt.



Comel heroin filem ni. Jaggu


Selamat mendownload. 



ok bye!
eimanhikmah